blockade | sekatan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan menutup laluan masuk dan laluan keluar bagi menghalang kemasukan manusia atau barangan di sesuatu tempat. Tujuan sekatan dilakukan adalah untuk menyekat sama ada bekalan barangan termasuk makanan dan ubatubatan, pembekuan aset kewangan, bahan ketenteraan atau komunikasi pihak yang disasarkan. Sasaran sekatan boleh termasuk keseluruhan negara atau rantau tertentu. Sekatan boleh dilakukan sama ada di lautan atau di daratan. Sekatan boleh menjadi sebahagian daripada sanksi ketenteraan yang dilakukan dengan mandat Majlis Keselamatan PBB di bawah Bab VII Piagam PBB. |
con approach | pendekatan tipu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk penipuan apabila pelaku mendekati mangsa secara terbuka dan berpura-pura meminta bantuan atau menunjukkan arah sesuatu tempat. Tujuan pelaku melakukan penipuan adalah untuk mendapatkan habuan daripada mangsa. |
single drift correction | pembetulan hanyutan tunggal | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kaedah penerbangan pola tekanan menggunakan nilai tunggal sudut pembetulan hanyutan yang digunakan pada penerbangan dari titik mula hingga ke tempat tujuan. Nilai dipilih berpandukan ramalan min halaju angin di sepanjang penerbangan. |
counter | pembilang; kaunter | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Kaunter: Meja panjang di bahagian sambut tamu, dapur, restoran dan tempat-tempat lain di hotel untuk tujuan perkhidmatan dan urusan dengan orang ramai. |
nomadism | nomadisme | Geografi | Tiada | Sistem cara hidup yang mengamalkan perpindahan atau pergerakan dari satu tempat ke tempat lain bagi tujuan sara diri dan ternakan. |
nomad | nomad | Geografi | Tiada | Orang yang mengamalkan cara hidup sara diri dengan bergerak dari satu tempat ke tempat lain bagi tujuan mencari makanan. |
single stroke bell | loceng satu lejang | Teknik | Elektrik | Loceng yang akan mengetuk gong hanya sekali apabila litarnya ditutup. Loceng jenis ini digunakan di kawasan get jalan kereta api atau kawasan perlombongan, untuk tujuan memberi isyarat atau digunakan di tempat-tempat yang isyarat panjang mengganggu pekerja. |
office accomodation | tempat pejabat | Geografi | Tiada | Tempat yang disediakan bagi tujuan menjalankan sesuatu tugas atau pekerjaan. |
atmospheric pressure | tekanan atmosfera | Kejuruteraan | Petroleum | Tekanan yang wujud di permukaan bumi yang diakibatkan oleh berat atmosfera. Tekanan ini berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain dan umumnya bergantung pada ketinggian tempat berkenaan dari aras laut. Pada aras laut, tekanan atmosfera bernilai lebih kurang 14.7 paun per inci persegi. Bagi tujuan memudahkan perkiraan dan penganggaran, tekanan di aras laut tersebut dianggap sebagai tekanan atmosfera piawai. |
security lighting | lampu keselamatan | Landskap | Tiada | Pencahayaan yang disediakan untuk menerangi sesuatu tempat bagi tujuan keselamatan. |