limited payment life insurance | insurans hayat bayaran terhad | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans hayat dengan tempoh bayaran premiumnya terhad. Jangka masa pembayaran premium mungkin lebih pendek dari masa perlindungan insurans. Contoh: insurans hayat seumur hidup dengan pembayaran premium terhad hingga umur 50. |
narrow casting | penyiaran terhad | Pendidikan | Tiada | Sistem penyiaran yang terhad kepada sesuatu kedudukan atau kelompok penonton dan hanya mementingkan pencapaian objektif penyiarannya. |
restricted palette | bidang warna terhad | Kesenian | Tiada | Penggunaan cat yang terhad kepada beberapa warna sahaja dalam karya seni lukis. |
wakalah muqayyadah | pewakilan terhad | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang memberi kuasa terhad kepada individu atau organisasi untuk menjalankan urusan tertakluk kepada syarat tertentu. Contohnya, A berkata kepada B "Saya mewakilkan awak supaya menjualkan tanah saya ini dengan harga RM100,000 secara ansuran selama 4 bulan". B menjawab "Saya bersetuju". Wakil terikat dengan syarat yang ditetapkan oleh pewakil. Sekiranya wakil ingkar kepada syarat tersebut, pewakil tidak lagi terikat dengan urusan yang dibuat oleh wakil, kecuali ketidakpatuhan syarat memberi kebaikan seperti berjaya menjual tanah secara tunai. |
limited queue lenght | saiz giliran terhad | Pentadbiran | Tiada | Model giliran yang mana bilangan pelanggan dalam sistem adalah terhad kepada keupayaan yang ada. |
limited capacity queueing model | model giliran keupayaan terhad | Pentadbiran | Tiada | Model giliran yang mana bilangan pelanggan dalam sistem adalah terhad kepada keupayaan yang ada. |
limited-access highway | lebuh raya sampaian terhad | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Lebuh raya tanpa tol yang mempunyai jalan keluar masuk yang terbatas dan terhad. |
economics | ekonomi | Ekonomi | Tiada | 1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan. |
bounded rationality decision | keputusan kerasionalan terhad | Pengurusan | Perancangan | Pembuatan keputusan yang bersandarkan tanggapan bahawa wujud pelbagai kekangan yang membataskan kualiti keputusan yang lebih optimum. Antara kekangan ialah faktor persekitaran seperti masa yang terhad, maklumat yang tidak lengkap dan desakan pihak atasan, dan ciri peribadi pembuat keputusan seperti kemampuan berfikir dan personaliti. Contohnya, pengurus pelaburan yang perlu membuat keputusan untuk melabur dalam pasaran mata wang sewaktu kadar mata wang ringgit tidak stabil. |
alternative | alternatif | Ekonomi | Tiada | Pilihan terhadap berbagai-bagai kegunaan sumber yang terhad. Alternatif melibatkan kos melepas atau kos alternatif. Ini berlaku kerana sumber atau faktor pengeluaran terhad. Lihat juga kos melepas, peruntukan sumber. |