penempelan | implantation | Proses pelekatan ovum tersenyawa pada dinding uterus di peringkat awal kehamilan. | Menengah Rendah |
jisim | mass | Kuantiti jirim dalam jasad. Kuantiti ini tetap, tidak kira sama ada jasad tersebut berada di bumi, di bulan, atau di planet lain. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim bebas daripada pengaruh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram. | Menengah Atas |
parasit | parasite | Organisma yang hidup di permukaan atau di dalam perumah. Parasit mendapatkan keuntungan daripada perumah tetapi memudaratkan perumah tersebut. Parasit yang hidup di permukaan perumah disebut ektoparasit, manakala yang hidup di dalam perumah disebut endoparasit. | Menengah Rendah |
akuatik | aquatic | Perihal tumbuhan atau hidupan yang hidup di dalam atau di atas air. | Menengah Rendah |
sitokinesis | cytokinesis | Pembahagian sitoplasma di akhir peringkat telofasa. | Menengah Atas |
termometer klinik | clinical thermometer | Termometer yang digunakan khusus untuk mengukur suhu badan manusia. Bahagian hujung termometer akan diletakkan di bahagian bawah lidah, di bawah ketiak atau di hujung dubur. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
persenyawaan in vitro | in vitro fertilization | Persenyawaan yang berlaku di luar badan organisma, dalam keadaan terkawal di makmal. | Menengah Atas |
tumbuhan akuatik | aquatic plant | Tumbuhan yang hidup di dalam atau di atas air. Contohnya, pokok kiambang. | Menengah Rendah |
wap air | water vapour | Air yang terkandung di atmosfera dan berada di bawah takat suhu didih. | Sekolah Rendah |
daun hidrofitik | hydrophytic leaves | Daun tumbuhan yang hidup di dalam air atau di dalam persekitaran berkelembapan tinggi. | Menengah Atas |