fauna | fauna | Haiwan yang hidup di sesuatu tempat pada masa tertentu. | Menengah Rendah |
penyejukbekuan | freezing | Proses mengawet bahan makanan dengan cara menyimpan makanan di dalam tempat sejuk sehingga beku. | Sekolah Rendah |
pendinginan | cooling | Proses mengawet bahan makanan dengan cara menyimpan makanan tersebut di dalam tempat sejuk. | Sekolah Rendah |
gunung berapi | volcano | Lohong di permukaan bumi tempat magma dan gas meletus. | Menengah Rendah |
enzim intrasel | intracellular enzyme | Enzim yang aktif hanya di dalam sel tempat ia terbentuk. | Menengah Atas |
wabak | epidemic | Penularan suatu penyakit yang merebak dengan cepat di kalangan penduduk sesuatu tempat. Contohnya, taun dan cacar. | Sekolah Rendah |
alveolus | alveolus | Pundi udara yang halus dalam paru-paru, terletak di hujung bronkiol, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. | Menengah Atas |
alveolus | alveolus | Pundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
jarak | distance | Panjang di antara dua titik atau dua tempat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
habitat | habitat | Tempat tinggal semula jadi atau persekitaran bagi haiwan, tumbuhan atau benda hidup lain. Contohnya, habitat beruang kutub ialah di Kutub Utara. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |