Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.su.tan] | ککوسوتن

Definisi : perihal (keadaan) kusut, kerumit­an (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.su.tan] | ککوسوتن

Definisi : keadaan kusut; kekacauan (fikiran); kerumitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kusut (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersimpul-simpul: berkusau, bercampur baur, bercampur aduk, bercelaru, kacau-bilau, kusut-masai, berserabut, berkecamuk, semak, sarut, serebeh, serbah-serbih, serbang, serembah-serembih, selebek,
Berantonim dengan kemas

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kacau, kalut, huru-hara, kacau-bilau, haru-biru, gawat, rumit,
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : mengusutkan, kekusutan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
delirium tremens (racauan tremens) Gangguan mental akut yang biasanya berkaitan dengan penagihan alkohol. Keadaan ini tercetus semasa penghentian pengambilan alkohol secara menge- jut. Antara gejala yang dialami pesakit ialah menggigil, kekusutan mental, mandi peluh dan sakit di bahagian jantung. Sinonim alcoholicum delirium. (UBAT) delusion (delusi) Kepercayaan peribadi yang salah dan berasaskan tanggapan yang silap ten- tang keadaan sebenar. Individu yang mengalami

Kembali ke atas