Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharap­kan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendiri­an sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa meman­dang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba), Saussurea lappa; 2. sj tumbuhan (palma), gebang, ibus, lontar utan, Corypha gebanga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : sj ikan laut, ikan timah langgai, selayur, Trichiurus savala (haumela); ~ pisang sj ikan darat, Labeobarbus faciatus; ~ rebung sj ikan laut, Chepeoides venulosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cu/] | ڤوچوق

Definisi : 1 daun muda atau daun yg baru terbit (di hujung ranting atau di puncak pokok). 2 hujung sesuatu yg tajam dan runcing; puncak: ~ api; ~ jala. 3 penjodoh bilangan utk surat atau utk senjata api: se~ surat; sepuluh ~ senapang patah. 4 ki sesuatu yg di atas dan mempunyai kuasa: ~ pimpinan pemimpin tertinggi. ~ anjur pucuk yg menganjur pd junjung (bkn pokok memanjat). ~ batang pucuk pd batang pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pucuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan daun muda: tunas, taruk, pupus,
Berantonim dengan akar

2. Bersinonim dengan hujung: puncak, kemuncak, mercu, apeks.,


Puisi
 

Kalau tuan melancar pucuk,
     Pucuk pakis timbul tenggelam;
Dinihari ayam berkokok,
     Tinggal cadar di atas tilam.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Pucuk leban gading gajah,
     bekerja segan makan gagah.

Bermaksud :

Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
transmiter saraf, iaitu asetilkolina, pada saraf parasimpatetik dan simpatetik kolinergik. Lihat juga parasympatholitic agent. (UBAT) anticlinal wall (dinding antiklin) Lapisan pembahagi sel yang kedudukannya bersudut tepat dengan hujung per- mukaan pucuk yang sedang membesar. (BIO) anticline (antiklin) Bahagian lapisan batuan yang terlipat dan mencembung ke atas. (KEJ) anticlypeus (antiklipeus) Bahagian anterior klipeus tempat labrum dilekatkan. (BIO) anticoagulant (antikoagulan/bahan antigumpal) Bahan Sinonim blastidium. (BIO) blackwind blastid Kamus Sains.indb 155 7/8/08 11:47:55 AM 156 blastidium (blastidium) Lihat blastid. (BIO) blastochor (blastokor) Tumbuh-tumbuhan yang tersebar secara sebaran pucuk. (BIO) blastocoel (blastosel/blastoselom) Rongga yang muncul semasa perkembangan embrio haiwan, iaitu pada pe- ringkat penghujung sigaran ovum. Rongga ini terdapat dalam jisim sel yang membentuk blastula dan berisi cecair

Kembali ke atas