Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1. orang yg tertua dan banyak penga­lamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, per­kumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kam­pung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, peng­hulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita; mengetuai mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. meng­angkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua; pengetua orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin, kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1 orang yg tertua dan banyak pengalamannya (di kampung dll). 2 orang yg menjadi kepala atau pemimpin dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, jabatan dll. ~ istiadat orang yg dilantik utk mengawasi segala istiadat dlm istana. ~ kampung orang yg mengepalai orang-orang di kampung. ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. ~ menteri a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid. ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. ~ pejabat orang yg menjadi ketua dan bertanggungjawab ttg perjalanan sesebuah pejabat. ~ persatuan pemimpin sesuatu persatuan. berketua mempunyai ketua: Mereka sudah lama tidak ~. berketuakan mempunyai atau mengambil seseorang sbg ketua: Kami tidak mahu ~ si bangsat itu. mengetuai menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin: Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. mengetuakan mengangkat atau melantik sbg ketua; menjadikan sbg ketua. Mereka telah ~ dia kerana dia berpengalaman. pengetua orang yg mengetuai sesebuah sekolah, maktab, pusat latihan dsb: ~ Maktab Perguruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin sesuatu kumpulan; kepala: Abdullah telah dilantik menjadi ~ darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Rantau jauh diulangi,
     rantau dekat dikendana.

Bermaksud :

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
JAWATAN KOSONG10561/2015KETUA TUKANG KAYUMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/07997Lulus25/03/201527/03/201509:27:36
JAWATAN KOSONG25592/2014KETUA TUKANG KAYUMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201410/05824Lulus22/10/201423/10/201416:32:42
JAWATAN KOSONG1290/2015OPERATOR KETUA PENGELUARAN (LINE LEADER) PENJAGA STOR (STORE KEEPER)Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05079Lulus13/01/201515/01/201516:30:36
JAWATAN KOSONG24207/2015KETUA TUKANG KAYUMajlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/08462Lulus20/06/201522/06/201509:39:12
JAWATAN KOSONG6421/2015KETUA BAHAGIAN PEMBUNGKUSANMajlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201502/06378Lulus25/02/201526/02/201509:21:32
JAWATAN KOSONG42181/2016DIKEHENDAKI SEGERA OPERATOR KETUA PENGELUARAN (LINE LEADER) PENJAGA STOR (STOREKEEPER) BOLEH BEKERJA SYIF TEMU DUGA TERBUKA (ISNIN-JUMAAT) PENDAPATAN BULANAN TERMASUK: GAJI POKOK ELAUN SYIF ELAUN KEDATANGAN ELAUN PENGANGKUTANMajlis Daerah KulaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/09117Lulus01/09/201602/09/201609:03:07
Jawatan Kosong17010/2017Jawatan Kosong Temu Duga Terbuka Ketua Kumpulan Pembantu GudangMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/18320Lulus23/03/201724/03/201709:32:30
Pasar Raya YaPEIM19420/2015Kelulusan daripada Ketua Pengarah YaPEIMMajlis Perbandaran Sungai PetaniHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/07838Lulus19/05/201522/05/201515:38:51
KOPF BARBER SHOP21346/2017KOPF dalam bahasa german adalah ketuaDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/15486Lulus11/04/201712/04/201709:00:26
JAWATAN KOSONG - TEMUDUGA TERBUKA42118/2016JAWATAN KOSONG - TEMUDUGA TERBUKA PENOLONG KETUA PEGAWAI KESELAMATAN MEKANIK PEMBANTU PERKHIDMATAN TETAMU PEGAWAI KESELAMATAN JURUTEKNIK PEMBANTU SUKAN & REKREASI Gaji minima - RM1000 dan pakej ganjaran menarik termasuk tempat tinggal, hidangan wakMajlis Perbandaran Pasir GudangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/12142Lulus26/08/201629/08/201608:21:45
123

Kembali ke atas