Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bur] | سمبور

Definisi : 1. sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut (utk mengubat penyakit dll); ~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit dgn jampi dan sembur; 2. ki kata-kata yg kasar (dikeluarkan kerana marah dll), makian, hamun: kelasi yg kena ~ ini kembali mem-bersihkan geladak spt biasa; spt polong kena ~ prb berlari lekas-lekas kerana ketakutan; bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), berpancaran: dr belakang lehernya darah ~ keluar; bersembur-semburan saling memancarkan (air dll): mandi ~ di sungai; menyembur 1. keluar dgn memancut, me-mancar: sungai yg arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman; 2. = menyemburi mengubati (penyakit) dgn jampi dan sembur: ibu hanya disembur dgn air sirih dan jampi mantera; 3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dll) pd: ~ dinding dgn cat berwarna biru; 4. ki mengeluarkan kata-kata dgn kasar, menghamun, memaki: drpd mulut-nya ~ entah beberapa ratus perkataan yg tidak dapat difahami; sembur-menyembur saling menyembur, ber-sembur-semburan; menyemburkan 1. memancarkan atau me-mancutkan sesuatu (kunyahan sirih, air, dll) drpd mulut: sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya; 2. memancarkan sesuatu kpd (dgn penyembur): Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya; tersembur 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa; semburan 1. sesuatu yg terpancar (ter­pancut) keluar, pancaran: ~ halus minyak bahan api itu terbakar dgn serta-merta; 2. ki makian, marah: dgn ~ kata-kata itu, bapa berubah dr gelegar buluh ke kepala bendul; bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), bersembur-sembur: darah ~ keluar dr rusuknya; penyemburan perbuatan menyembur(kan); penyembur 1. sesuatu (ubat-ubatan dll) yg di-semburkan; 2. alat utk menyemburkan sesuatu: ~ cat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bur] | سمبور

Definisi : sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut. kena ~ a. terkena benda-benda kunyahan yg dipancutkan dr mulut. b. ki kena marah atau kena maki. bersembur keluar memancar atau memancut: Darah ~ ke mukanya. menyembur 1 mengubati sesuatu penyakit dgn jampi dan sembur. 2 menyebabkan sesuatu disembur dgn: Dia ~ keretanya dgn cat berwarna biru. menyemburkan 1 memancarkan se­suatu dr mulut: Dia kemudian ~ sepah-sepah sirih itu pd badan orang yg sakit. 2 membuat sesuatu keluar memancar; memancarkan: Kita dpt membunuh nyamuk dgn ~ ubat nyamuk di tempat-tempat nyamuk menyorok. semburan sesuatu yg memancut atau memancar ke luar; pancaran. penyemburan perbuatan (hal dsb) menyembur atau menyemburkan sesuatu. penyembur alat yg digunakan utk menyembur atau utk menyemburkan sesuatu: ~ racun serangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jampi: tiup, hembus, bura,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan makian, hamun, cacian, penghinaan, carut, nista, cercaan, celaan, kejian, semprotan,
Berantonim dengan pujian

Kata Terbitan : bersembur-sembur, bersemburan-semburan, menyembur, menyemburi, menyemburkan, tersembur, semburan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat PERODUA37806/2016Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat PERODUADewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201608/08295Lulus03/08/201604/08/201610:17:46
Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat PERODUA5993/2015Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat PERODUAMajlis Daerah Hulu SelangorPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201502/06038Lulus17/02/201523/02/201512:42:18
KILANG SEMBUR CAT6354/2016TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaCatTiadaDBP/KPB/201805/20696Lulus14/06/201631/05/201816:08:49
KILANG PENCETAK SEMBUR DAKWAT13402/2016TiadaPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201903/21088Lulus02/12/201606/03/201917:20:53
PUSAT BAIK PULIH KENDERAAN DAN SEMBUR CAT2544/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201708/13172Lulus15/03/201611/08/201717:23:50
Jawatan Kosong29593/2016KEMASUKAN SEGERA! JAWATAN KOSONG Operator Pengeluaran | Pekerja Stor | Jurukimpal Tukang Sembur (Salutan Serbuk) | Tukang Jahit GAJI KASAR BULANAN: RM1200.00++ sebulan (GAJI ASAS + ELAUN) Faedah dan Elaun-elaun lain : - Caruman KWSP - PERKESOMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/12637Lulus20/06/201620/06/201613:53:16
SHIELDTOX 8-H NIGHTS65308/2016INI IKLAN RACUN MAKHLUK PEROSAK mak: Rasanya nyamuk ni semakin susah dihapuskan, kenalah sembur selalu. Strongman: gunakan SHIELDTOX 8-H NIGHTS baharu! Strongman: Satu semburan bertahan selama 8 jam. Strongman: Satu semburan berkesan dMajlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201612/13964Lulus27/12/201629/12/201609:12:23
PERKHIDMATAN PUSAT SERVIS JAIDON8407/2014HINO SERVICE DEALER, JAIDON PUSAT SERVIS, PROTON/ KANCIL 07-2375894/07-5984894, KIMPALAN DAN SEMBUR CATMajlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/04593Lulus27/04/201428/04/201409:56:19

Kembali ke atas