Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ri] | سري

Definisi : (séri) ® siri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : 1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. ke-muliaan, keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ; ~ balai sl balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat); ~ gadus sj kuih pipih dan bulat yg diperbuat drpd tepung gandum; ~ gunung kelihatan cantik (elok, bagus); ~ kaya sj makanan (drpd telur, gula, santan, dan tepung) yg biasanya dimakan dgn roti; ~ muka a) air (cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirang-an dll); c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri kaya; ~ panggung orang bintang bangsa-wan (sandiwara dll); berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; menyerikan menjadikan berseri, menyinar­kan, menyemarakkan (majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah; keserian keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning yg dipakainya; penyeri seseorang atau sesuatu yg me­nyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : panggilan utk memuliakan (raja, orang besar, dll): S~ Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; S~ Nara Diraja; perserian sl orang besar-besar (raja dll) yg mendapat gelaran penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dll): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : (séri) Id; pohon (bunga) ~ sj tumbuhan (pokok dan bunga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : ; menyeri menghisap (madu) drpd bunga: laksana kumbang ~ bunga, kumbang terbang bunga pun layu; sari I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : 1 sesuatu yg menyebabkan se­suatu yg lain kelihatan bertambah indah atau cantik; cahaya; semarak: Nila digunakan utk menambah ~ pd kain putih. 2 sesuatu yg dianggap sbg lambang kemegahan atau kemuliaan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ. ~ gadus kuih yg bulat pipih. ~ gunung keadaan sesuatu yg kelihatan cantik dr jauh. ~ muka a. cahaya muka. b. kuih yg dibuat drpd pulut dan diberi berlapis dgn serikaya dsb. ~ pagi nama sj pokok atau bu­nganya (pokoknya menjalar dan bu­nganya berbentuk spt trompet), Ipomoea spp.. ~ panggung pemain sandiwara atau pelakon bangsawan yg terkenal. berseri 1 kelihatan elok atau indah; bercahaya; bersemarak. 2 = berseri-seri kelihatan cemerlang mukanya kerana kegirangan dll. 3 meriah dan ceria (bkn majlis, persem­bahan dsb): Jika dia datang, majlis itu akan lebih ~. menyerikan 1 menjadikan berseri (bkn wajah, suasana dsb): Ia ~ lagi suasana di ruang makan itu dgn hiasan yg indah. 2 menjadikan (majlis, kehidupan dll) meriah dan ceria: Ramai artis akan ~ konsert Ambang Merdeka. Ketibaan orang baru akan ~ lagi kehidupan mereka. penyeri orang atau sesuatu yg menyerikan: Anak gadisnya itulah yg menjadi ~ hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ri] | سري

Definisi : ; menyeri menghisap madu dr bunga-bungaan (bkn kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ri] | سري

Definisi : yg mulia (sbg panggilan atau sbg sebutan utk menghormati raja, orang-orang besar dll): ~ Paduka Baginda; ~ Nara Diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,

Puisi
 

Seri Panji gelaran paman,
     Menjadi ratu raja di Kedah;
Bulan tinggi jauh pandangan,
     Hamba di bawah menumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(29)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SERI ALAM 210824/2014Bandar Seri Alam dibangunkan oleh Seri Alam Property.Sdn .Bhd. Tentu Teguh Sdn.Bhd ingin guna SERI ALAM 2 (kedua-dua adalah anak syarikat UMLand Bhd)Majlis Perbandaran Pasir GudangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201405/04799Lulus23/05/201426/05/201412:05:09
Seri Mahogani20785/2014Seri Mahogani Perkataan ‘seri’ dicadangkan bagi merujuk kepada kacantikan, keindahan, atau betapa serinya kawasan tersebut. Ini dipetik dari landskap yang penuh dengan gugusan pokok-pokok serta laman dan taman-taman indah dan penuh berseri. PerkataanMajlis Perbandaran KajangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201409/03828Lulus08/09/201412/09/201409:31:19
Taman Seri Impian - Bunting21825/2015Taman Seri Impian Selamat Datang Kedai Pejabat Seri Impian Impiana Bayu 2 Euphoria Rumah Contoh Dibuka Setiap Hari 10 pg. - 6 ptg. Impiana Bayu 2 Euphony Rumah Contoh Dibuka Setiap Hari 10 pg. - 6 ptg. Impiana Heights Palazzo 2 RumaMajlis Perbandaran KluangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201506/06845Lulus01/06/201509/06/201509:33:57
PUSAT TUISYEN SERI PERSADA15077/2016PUSAT TUISYEN SERI PERSADA, Cemerlang Bersama Kami, Pusat Tuisyen Seri PersadaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201604/09023Lulus31/03/201601/04/201608:39:42
TASKA SERI UMI18708/2017TASKA SERI UMI Mendidik Anak-anak Menjadi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang "pengasuh Ceria, Anak-anak Gembira" Taska Seri Umi, No. 1, Jalan TJ 8/5, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Maklumat Lanjut, Hubungi: 09-296 0875Majlis Perbandaran TemerlohPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201704/13627Lulus01/04/201703/04/201718:35:28
JAMU SERI DEWI MALAM33525/2014KEDAI PRODUK KECANTIKAN JAMU SERI DEWI MALAM 03-55112818/019-2290208 FB: JAMU SERI DEWI MALAM - OFFICIALMajlis Bandaraya Shah AlamPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201501/05865Lulus22/01/201522/01/201514:36:02
Taman Seri Impian - Bunting21837/2015Impiana Heights @ Seri Impian Palazzo 2 Rumah Banglo Dua Tingkat 60' x 100' 24-Jam Sekuriti Impiana Heights @ Seri Impian Vistania 2 Rumah Berkembar Dua Tingkat 60' x 100' 24-Jam SekuritiMajlis Perbandaran KluangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201506/06926Lulus01/06/201509/06/201515:29:52
KEDAI BARANG ELEKTRIK20768/2015KEDAI BARANG ELEKTRIK SERI BP DIMILIKI OLEH: SERI BP ELECTRONICS SDN BHMajlis Perbandaran KluangBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201505/08530Lulus26/05/201527/05/201516:03:20
KARNIVAL USAHAWAN SERI ISKANDAR SIRI 449387/2016KARNIVAL USAHAWAN SERI ISKANDAR SIRI IV 2016 CABUTAN BERTUAH BERNILAI RM55,000 28-30 OKTOBER 2016 BERHADAPAN BILLION SERI ISKANDAR 8.00PAGI - 12.00MALAM SUKANEKA, MUAY THAI, PERTANDINGAN ADIKKU KREATIF, PERTANDINGAN KUCING COMEL, PERTANDINGAN MMajlis Daerah Perak TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/11913Lulus10/10/201611/10/201607:43:23
KARNIVAL USAHAWAN SERI ISKANDAR SIRI 449385/2016KARNIVAL USAHAWAN SERI ISKANDAR SIRI IV 2016 CABUTAN BERTUAH BERNILAI RM55,000 28-30 OKTOBER 2016 BERHADAPAN BILLION SERI ISKANDAR 8.00PAGI - 12.00MALAM SUKANEKA, MUAY THAI, PERTANDINGAN ADIKKU KREATIF, PERTANDINGAN KUCING COMEL, PERTANDINGAN MMajlis Daerah Perak TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/11912Lulus10/10/201611/10/201607:42:51
12345678910...

Kembali ke atas