hal II | Id bp besi nipis berlapis zink. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rembet | (rémbét) II; merembet 1. menjalar, merambat (api, penyakit, percakapan, dll): perbualan itu akhirnya ~ kpd hal-hal peribadi; sekejap sahaja api itu ~ ke estet yg berhampiran; 2. = merembet-rembet melibat-libat yg lain, sangkut-menyangkut: perkara rasuah ini merembet-rembet melibatkan beberapa orang pegawai tinggi; merembetkan melibatkan, menyangkut (perkara dll), membawa-bawa: perbincangan kita biarlah terhad kpd soal pokok sahaja, jangan rembet-rembetkan soal peribadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leret II | /lérét/; meleret 1 panjang sungguh (bkn tali, kain dll): Jubahnya ~ ke tanah. 2 berpanjang-panjangan (ttg cerita, perbualan dll); berjangkit-jangkit: Perbualannya ~ pula kpd hal-hal politik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karang II | ; berkarang digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. mengarang 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. karang-mengarang hal-hal ttg mengarang cerita dll. karangan 1 sesuatu yg dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata. 2 dikarang oleh (bkn cerita, lagu dll): Novel itu ~ A. Samad Said. pengarang 1 tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll). 2 orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
roman II | = cerita ~ 1. = buku ~ cerita panjang yg ditulis dlm bentuk prosa, novel: ~ ini dikarang oleh Tuan Hamka sebelum Perang Dunia Kedua meletus; ~ kodian (picisan) roman yg sangat rendah nilai sasteranya; ~ masyarakat roman yg menceritakan hal-hal masyarakat; ~ sejarah roman yg berasaskan sejarah; 2. bp percintaan, romen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karang II | berkarang digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. mengarang 1. mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2. membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. karang-mengarang hal-hal ttg mengarang cerita dll. karangan 1. sesuatu yg dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata. 2. dikarang oleh (bkn cerita, lagu dll): Novel itu ~ A. Samad Said. pengarang 1. tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll. 2. orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. | Kamus Pelajar |
dalam II | 1. mengenai; tentang; berkenaan dgn: Dia memang pakar ~ hal itu. ~ beberapa hal, memang benar segala yg dikatakannya itu. 2. selama masa tertentu; pd waktu tertentu: ~ masa dua jam lagi, ia akan sampai. 3. di kalangan; di antara: ~ mereka yg ramai itu, ada yg pandai bermain piano. 4. mengalami; ditimpa: Para nelayan ~ keadaan susah. | Kamus Pelajar |
titik II | 1. tanda yg bulat halus (utk menunjukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, pengiktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalikkan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum memperkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair mendidih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tumpuan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menengah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg digunakan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan permulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ permulaan sesuatu (hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persamaan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara beberapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tumpuan pd persilangan dua garis (tempat bersilang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haus II | menjadi kurang besarnya atau tebalnya kerana tergosok, banyak digunakan dll: Tapak kasutnya sudah ~. Batu itu telah ~ dimakan air. menghauskan menjadikan haus: Air yg mengalir dpt ~ batu. kehausan keadaan atau hal haus. penghausan hal, proses dsb haus atau menghauskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cedera II | pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran; bercedera bertelingkah, berselisih, bertengkar; kecederaan hal atau keadaan cedera; percederaan hal bercedera, pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |