biti-biti | hamba perempuan di istana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biti perwara | hamba perempuan di istana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jariah I | Ar hamba perempuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jamah-jamahan | sl hamba perempuan yg juga dijadikan gundik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biti | ; ~ perwara = biti-biti hamba perempuan di istana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awang I | panggilan kpd orang muda (terutama kpd anak sulung); ~ dan dayang hamba laki-laki dan hamba perempuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jamah | ; menjamah 1. menyentuh (dgn tangan dsb), memegang; 2. makan sedikit, merasa: seumur hidupnya dia belum pernah ~ makanan spt itu; 3. ki menyetubuhi, meniduri (perempuan): gadis yg sudah dijamah orang; jamah-jamahan sl hamba perempuan yg juga dijadikan gundik; jamahan ki sentuhan; penjamahan 1. perbuatan menjamah; 2. ark pegangan, pekerjaan (yg dipegang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hamba I | 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) hamba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd baginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, mengabdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan menghamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampa | salah ~ salah sangka, salah kira, salah terima: aku bertanyakan perempuan itu hanya supaya jangan salah ~, salah raba kelak;menampa 1. menyangka, menganggap, me-ngira: jikalau di dlm sunyi mahulah hamba kalau hamba ditampa Raja Umar; 2. mengerti (pendapat, fikiran orang lain), memahami, menerima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
budi | 1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |