Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)

385

Keep your nose out of other people’’s business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Jaga tepi kain orang

'' Keep your nose out of other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

'' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kain-kain yg rada halusankain-kain yg agak halus.Kamus Dewan Edisi Keempat
rada= rada-rada Jk agak, sedikit; ~ gila agak gila; kain-kain yg ~ halusan kain-kain yg agak halus.Kamus Dewan Edisi Keempat
tongkah II= ~ kain kain yg dijahitkan pd bahagian atas kain sarung (batik dsb) utk melabuhkannya; bertongkah ada dijahit tongkah: kain sarungnya ~; menongkah menambah panjang pd sebelah atas (kain dll) dgn menjahitkan tongkah, menyambung pd sebelah atas: semua kain sarungnya perlu ditongkah; ~ seluar menyambung seluar di sebelah atas.Kamus Dewan Edisi Keempat
lap, = kain ~ kain utk menyapu atau utk menyerap dakwat. mengelap mengeringkan (air dll) dgn kain atau dgn kertas: Dia ~ meja itu supaya bersih. mengelapkan menggunakan sesuatu (spt kain, kertas) utk mengelap: Dia ~ tuala kecil ke dahi anaknya yg dibasahi peluh. pengelap sesuatu (spt kain, kertas) yg digunakan utk mengelap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tik IIkain ~ kain penutup tilam, kain cadar.Kamus Dewan Edisi Keempat
topo IJk kain-kain yg sudah tua, kain buruk.Kamus Dewan Edisi Keempat
tudungsesuatu yg digunakan utk me­nutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; ber­tutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. me­nudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penu­dung sesuatu yg digunakan utk me­nudung; penutup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lampin, = kain ~ kain utk membarut anak-anak kecil; kain bedung. melampin membarut anak kecil dgn lampin; membedung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terpal, = kain ~ kain yg tebal dan kasar tenunannya (biasanya utk kain khemah, layar dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
songket(songkét) = kain ~ kain tenun yg bersulam dgn benang emas atau benang perak: ibu membelikan ayah ~ berwarna biru; bersongket 1. bersulam dgn benang emas atau benang perak: kain ~; 2. memakai songket: kedua-dua mempelai itu ~ hijau yg ditempah khas di Terengganu; menyongket menyulam dgn benang emas (perak): wanita itu mewarisi kehandalan menenun, menyulam, ~, menekat dan me­ngarang manik.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas