Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.run.tu.han] | کرونتوهن

Definisi : 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.run.tu.han] | کرونتوهن

Definisi : 1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runtuh
1. Bersinonim dengan roboh: ranap, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, rahak, rebak, terjelabak,

2. Bersinonim dengan binasa: musnah, jahanam, hancur, ranap, jatuh, terguling,

Kata Terbitan : meruntuhkan, keruntuhan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keruntuhan1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keruntuhan1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
keruntuhan1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh.Kamus Pelajar
keranapanperihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
penghakisanproses (perbuatan, tindakan dsb) menghakis atau menghakiskan: kadar ~ tanah bergantung pd beberapa faktor persekitaran fizikal; keruntuhan akhlak dan ~ rasa hormat dan kasih sayang kpd orang tua semakin ketara.Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah belahkeadaan tidak bersatu padu (huru-­hara, kacau-bilau dsb) sehingga boleh mem­bawa kpd kehancuran, keruntuhan dsb sesuatu institusi (masyarakat, keluarga dsb): ~ boleh berlaku dlm sebuah masyarakat disebabkan oleh fahaman politik yg berlainan; ayah sekali-kali tidak mahu menjadi punca yg menimbulkan ~ sesama sendiri yg buruk padahnya nanti; berpecah belah 1. bercerai-berai, tidak ber­satu lagi: melihat rajanya mati itu, maka seka-liannya pun ~, lalu lari cerai-berai; 2. kucar­-kacir, porak-peranda: rumah tangga mereka ~ apabila ibu bapa mereka bercerai; 3. = barang ~ barang-barang tembikar (pinggan mang­kuk dll); memecah-belahkan menyebabkan jadi pecah belah, menjadikan bercerai-berai: mereka bertujuan hendak ~ perpaduan antara kaum.Kamus Dewan Edisi Keempat
strata1. lapisan (bumi dsb); 2. tingkat kedudukan, peringkat taraf (dlm susunan atau hierarki tertentu): novel-novel yg menyentuh soal keruntuhan akhlak, perbezaan ~, perbezaan kaum, penyelewengan persahabatan, dsb; berstrata terbahagi kpd beberapa kelas, golongan, tingkat dsb, bersusun lapis: sebuah masyarakat yg ~; penstrataan proses pembentukan tanah atau batuan yg bersusun lapis: beberapa muara tertentu akan mengalami percampuran sekata manakala pd masa-masa lain pula akan mengalami ~ atau menjadi berlapis.Kamus Dewan Edisi Keempat
kejasmanianperihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sa­haja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral.Kamus Dewan Edisi Keempat
permisifbersifat terbuka yg membolehkan atau mengizinkan berlakunya sesuatu: terdapat sikap ibu bapa yg lebih ~, lebih mengizinkan dan lebih membiarkan; langkah demikian boleh mewujudkan masyarakat yg ~ dan menimbulkan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi.Kamus Dewan Edisi Keempat
porak-peranda1. (keadaan) tidak tenteram (huru-hara dsb), kucar-kacir: kampung kami yg aman damai menjadi ~; masalah ini boleh mengakibatkan ~ dlm masyarakat; ada juga yg menganggap isu itu sbg punca berlakunya ~ dan keruntuhan sesebuah rumah tangga; 2. cerai-berai, berserak; memporak-perandakan menjadi porak­peranda (kacau-bilau, kucar-kacir, morat­marit): perbuatan itu akan melahirkan permusuhan dan boleh ~ masyarakat; keporak-perandaan perihal porak-peranda.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas