Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.pa.kan] | مروڤاکن

Definisi : 1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.pa.kan] | مروڤاکن

Definisi : 1 membentuk atau me­lukis supaya mempunyai rupa; mem­beri berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Kalau tak takut akan mati,
     tak sedunia perang;
kalau tak takut akan alah,
     tak sedunia sabung.

Bermaksud :

Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)

219

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keriaanperihal ria (kegembiraan, ke­gi­rang­an, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan ke­pedihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
naga III; ~ berjuang sj ukiran yg merupakan dua garisan yg hampir bercantum; ~ berseru = ~ taru sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bertemu dan kemudian berkelok ke kiri dan ke kanan; ~ bertangkap sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bersilang.Kamus Dewan Edisi Keempat
merupakan dirimenampakkan diri; menjelmakan diri: Malaikat Jibrail telah ~ dirinya sbg orang muda yg segak dan bersayap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merupakan1 membentuk atau me­lukis supaya mempunyai rupa; mem­beri berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merupakan1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
merupakan1 membentuk atau melukis supaya mempunyai rupa; memberi berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. ~ diri menampakkan diri; menjelmakan diri: Malaikat Jibrail telah ~ dirinya sbg orang muda yg segak dan bersayap.Kamus Pelajar
kepedihan1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apa-bila lukanya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
aksesori/aksésori/ 1 bahagian yg merupakan tambahan kpd sesuatu alat, kenderaan dll (bukan sesuatu yg perlu ada pdnya): Spoiler merupakan salah satu drpd ~ kereta itu. 2 barang, spt beg tangan, rantai, dsb yg melengkapi pakaian seseorang, terutamanya wanita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menimbunkan1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan ben­teng; 2. mengumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
set I(sét) 1. sekumpulan barang yg merupakan suatu kesatuan, beberapa benda yg digunakan bersama-sama sehingga yg satu merupakan pelengkap yg lainnya (spt pinggan mangkuk, kerusi meja, dll), peranggu: terdapat dua ~ kutipan yg terdiri drpd terjemahan tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan; 2. sesuatu pusingan dlm permainan (tenis, bola tangkis, dll): marilah kita bermain satu ~ lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas