Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.dia.an] | ڤرسدياءن

Definisi : 1. perbuatan menyediakan, per-siapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; 2. = sediaan sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.dia.an] | ڤرسدياءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,

Peribahasa

Walaupun ada umpan,
     belum tentu ada ikan.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)

161

Dig a well before it rains

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Dig the well before it rains," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,'' jawabku. ''Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,'' kata Dewi. ''Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjing liar dan orang yang mencurigakan!'' aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kunjunganhasil berkunjung atau mengun­jungi, lawatan: persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu);Kamus Dewan Edisi Keempat
persediaan1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
persediaan1. perbuatan menyediakan, per-siapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; 2. = sediaan sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru);Kamus Dewan Edisi Keempat
persediaan2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara.Kamus Pelajar
persediaan1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan.Kamus Pelajar
kunjung I; berkunjung pergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui se­seorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo; mengunjungi mendatangi utk melihat-­lihat (tempat dll) atau menemui seseorang, melawat, menziarahi: pelancong-pelancong yg ~ bandar tersebut tertarik dgn keindahannya; lama benar ia tidak ~ saudara-maranya di kampung; kunjung-mengunjungi saling mengun­jungi: ~ spt itu ada kaitannya dgn tujuan keselamatan; kunjungan hasil berkunjung atau mengun­jungi, lawatan: persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu); perkunjungan perihal berkunjung; pengunjung orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat, pelancong: pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para ~ datang ke sana.Kamus Dewan Edisi Keempat
improvisasi1. perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan bahan-bahan yg ada sahaja: bangsawan dipersembahkan secara ~, memusatkan kebijaksanaan seseorang pelakon, dan pelakonlah sendiri yg mengatur aksi dan dialognya; 2. sesuatu yg dihasilkan tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dgn menggunakan bahan-bahan yg ada sahaja; mengimprovisasi 1. membuat improvisasi: beliau menubuhkan kumpulannya dgn meminjam atau menyewa boneka drpd kumpulan lain dan ~ alat-alatnya drpd tin dan tong sbg gendang; 2. menggubah lagu, gurindam dsb ketika sedang bermain, membaca dsb, menggubah tanpa persediaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
basi II1. wang persediaan (cadangan dll); 2. jumlah wang yg dipotong jika menukar wang besar; 3. potongan harga kalau membeli banyak; 4. lebihan (baki) wang; 5. bahagian tepi kain dll yg dilebihkan (lebih kurang satu inci) ketika mencantumkan dua keping kain dll;membasikan 1. mengadakan basi (wang persediaan); 2. mengadakan basi (potongan harga); 3. mengadakan basi (kain dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
bekal1. persediaan yg dibawa dlm perjalanan (spt makanan, wang, dll): menyediakan ~ utk musim sejuk; 2. segala yg mungkin berguna pd masa depan: ilmu dicari utk ~ hidup;bekal-bekalan bermacam-macam bekal; berbekal mempunyai bekal, membawa bekal: ia datang ke mari ~ pakaian di badan; berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: ~ ilmu di dada; membekali memberi bekal kpd: anak itu dihanyutkan di dlm sebuah perahu, dibekali dgn sepucuk surat dan loket tergantung di lehernya;membekalkan memberikan bekal, menyediakan sesuatu sbg bekal: sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan; bekalan benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; perbekalan bekalan; pembekalan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membekalkan: ia menghentikan ~ makanan utk masyarakat kota;pembekal orang yg memberi (menyediakan) bekal: pasukan ~; ~ modal orang yg memberi modal.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas persediaankelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas