Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
punah I1. binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah: tanaman mereka habis ~ dimakan babi; bandar yg cantik itu ~ dibom oleh kapal terbang Jepun; 2. mati semuanya (tidak ada lagi yg tinggal sisanya): larangan itu diadakan utk mengawal supaya binatang-binatang itu jangan sampai ~; 3. hilang semuanya, lenyap semuanya, musnah: mendengar itu ~lah harapannya; ~-ranah rosak binasa; memunahkan menghabiskan semuanya, melenyapkan semuanya, membinasakan semua­nya, memusnahkan, menghancurkan: mereka mencuri dan ~ harta benda orang; kepunahan perihal (keadaan) punah, kemus­nahan, kehancuran; pemunahan perbuatan memunahkan: ~ tanah di negeri-negeri yg beriklim sederhana.Kamus Dewan Edisi Keempat
lebur1 hancur atau cair (bkn logam dll). 2 rosak atau musnah sama sekali: ~lah cita-citanya hendak menjadi askar kerana tangannya cacat. melebur menjadi lebur: Bahan itu mula ~. meleburkan 1 menjadikan sesuatu lebur (bkn logam dll); mencairkan; menghancurkan: ~ emas. 2 memusnahkan atau merosakkan sama sekali: Sedapat-dapatnya mereka hendak ~ segala sarang komunis di negara ini. 3 membubarkan sesuatu dan menggabungkannya (menggantikannya) dgn yg lain. leburan sesuatu (spt logam) yg lebur atau yg telah dileburkan. peleburan 1 perbuatan atau cara meleburkan (logam); hal menjadi lebur. 2 tempat meleburkan (logam). pelebur alat utk meleburkan (logam).Kamus Pelajar Edisi Kedua
terlingkup1 terbalik (bkn kapal atau perahu). 2 habis rosak; punah; jahanam: Jika kita boros, ~lah perniagaan kita ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lingkup II, = terlingkup 1 terbalik (bkn kapal atau perahu). 2 habis rosak; punah; jahanam: Jika kita boros, ~lah perniagaan kita ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lebur1. hancur atau cair (bkn logam dll). 2. rosak atau musnah sama sekali: ~lah cita-citanya hendak menjadi askar kerana tangannya cacat. melebur menjadi lebur:Bahan itu mula ~. meleburkan 1. menjadikan sesuatu lebur (bkn logam dll); mencairkan; menghancurkan: ~ emas. 2. memusnahkan atau merosakkan sama sekali: Sedapat-dapatnya mereka hendak ~ segala sarang komunis di negara ini. 3. membubarkan sesuatu dan menggabungkannya (menggantikannya) dgn yg lain. leburan sesuatu (spt logam dll) yg lebur atau yg telah dileburkan. peleburan 1. perbuatan atau cara meleburkan (logam); hal menjadi lebur. 2. tempat meleburkan logam. pelebur alat utk meleburkan logamKamus Pelajar
menapak1. memijakkan kaki pd, mengena­kan kaki pd: kakinya ~ tanah; 2. mengukur dgn tapak (kaki atau tangan); 3. melangkah: dgn langkah yg tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk; 4. mengikut jejak (binatang dll); 5. berjalan kaki: dia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak;Kamus Dewan Edisi Keempat
apa1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk me-nanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa; apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu; apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini? berapa kata yg menanyakan banyaknya; mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu? mengapai, mengapa-apai melakukan se­suatu terhadap: diapainya maka ia me­nangis? mengapakan, mengapa-apakan, mem­peng­apakan 1. melakukan apa atau bagai­mana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melaku­kan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apa­kannya sekira­nya adiknya tidak dijumpai.Kamus Dewan Edisi Keempat
pergi1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian.Kamus Dewan Edisi Keempat
simpan1. sl singkat (cerita, kisah, dll), ring­kas; mengambil ~ meringkaskan (cerita dll), menyingkatkan; 2. cadangan; hutan ~ hutan yg dipelihara sbg cadangan; tayar ~ tayar cadangan; bersimpan sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia; menyimpan 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; menyimpankan 1. menyimpan utk; 2. me­nyuruh simpan kpd; tersimpan 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita; simpanan 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg di­simpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; penyimpanan 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan); penyimpan orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kopak I1. pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): beberapa keping lantai dan dinding papan rumah itu telah ~; 2. patah dan jatuh atau terkulai (bkn dahan pokok dsb), sekah: banyak dahan pokok yg ~ akibat tiupan angin ribut yg kencang; 3. bp kehabisan wang kerana sangat banyak berbelanja dsb: ~lah aku nanti sekiranya majlis itu hendak diadakan secara besar-besaran; ~-kapik sangat buruk (kerana banyak bahagiannya yg rosak, pecah, kemik, dll): rumah di sawah itu banyak yg ~-kapik; mengopak 1. mengupas, mengobak, me­nguliti: ~ kelapa; 2. memecahkan, mengumpil hingga tercabut, merosakkan: ~ dinding rumah; terkopak terkupas, terkelopak, tercabut, ter­tanggal.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas