Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak mudah rosak; tahan lama; kuat; kukuh: Barang itu ~ buatannya. 2 tidak mudah terbuka (ttg ikatan); kukuh; erat: Ikatannya tidak begitu ~. 3 tidak berubah imannya dsb; tetap: Dia tetap berpegang ~ pd janji-janjinya. 4 erat (bkn tali persahabatan dsb); rapat: tali persahabatan yg ~. berteguh menguatkan diri: ~ hati dgn teguh hati; menguatkan hati; ~ janji saling berjanji akan menepati sesuatu yg telah dikata­kan. meneguhkan 1 menjadikan te­­­­guh; menguatkan; mengukuhkan: ~ ekonomi negara. 2 memenuhi janji; menepati janji. memperteguh men­jadikan lebih teguh. keteguhan hal atau keadaan teguh; kekukuhan; kekuatan. peneguhan hal atau perbuatan mene­guhkan; pengukuhan. peneguh se­suatu yg meneguhkan: Anak ialah ~ ikatan perkahwinan dlm sesuatu rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,

Puisi
 

Mastuli benang mastuli,
     Anak patu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bulang sali kacak sama,
     tinggal lagi mujur malang.

Bermaksud :

Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh.

 

Lihat selanjutnya...(10)

615

There is strength in numbers

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/foreignpolicyMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Dasar LuarMohd. Isa, bergambar bersama-sama Pegawai Kanan Negara-negara ASEAN dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Asean ke-40 yang diadakan di Manila pada 29 Julai 2007. Malaysia percaya bahawa ASEAN yang teguh dan berjaya bukan sahaja suatu keperluan dalam ekonomi tetapi juga suatu kewajipan yang sangat penting. ASEAN yang makmur, kukuh dan stabil serta hubungan baik dengan negara jirannya merupakan jaminan terbaik Highlighter.aspx?DocId=200&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=1d6+
http://www.kln.gov.my/web/guest/in_conclusionMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Rumusan Dasar Luar Malaysiakritikan kerana “terlalu lantang”. Tetapi langkah ini perlu kita ambil jika Malaysia mahu menjadi proaktif di peringkat global. Prinsip dasar luar negara kita mampu bertahan apabila diuji masa. Malah, pegangan teguh kita terhadap prinsip ini, disertai dengan dasar luar negara yang konsisten, memantapkan kredibiliti Malaysia di mata dunia. • Inisiatif Malaysia di pelbagai forum serantau dan antarabangsa meletakkan negara dalam peta dunia Highlighter.aspx?DocId=75&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=32a+
http://www.kln.gov.my/web/guest/fundamental_principlesMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Prinsip-Prinsip Asasaman serta manfaat bersama dalam hubungan dan kewujudan bersama secara harmoni. Foto : Mesyuarat ke-5 “Eminent Persons Group (EPG) di Kuala Lumpur, 2007 Malaysia berulang kali menekankan peri pentingnya berpegang teguh kepada prinsip tidak mencampuri urusan dalaman, terutamanya dalam konteks hubungan serantau. Foto : Peserta-peserta di “Langkawi International Dialoge 2007" Dasar yang disebut “campur tangan membina” yang dilaksanakan oleh sesetengah pihak Highlighter.aspx?DocId=74&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=1c9+
http://www.kln.gov.my/web/guest/overview2Ministry of Foreign Affairs, Malaysia - Pengenalandengan pelbagai isu multilateral yang melibatkan kepentingan kita. Antara isu itu termasuk pelucutan senjata, kempen menentang keganasan, pemerdagangan manusia, perubahan iklim dan isu alam sekitar. Selaku anggota PBB, Malaysia berpegang teguh pada keamanan dan keselamatan antarabangsa dan mendukung undang-undang antarabangsa. 21. Pemilihan Malaysia sebagai Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) bagi 2010 dan Pengerusi Lembaga Gabenor lain, menyelesaikan pertikaian secara aman di samping menjalinkan hubungan saling berfaedah akan terus menjadi panduan dalam hubungan Malaysia dengan negara lain. Prinsip tersebut telah melepasi ujian zaman. Malah, dengan berpegang teguh pada prinsip itu, disokong pula dengan dasar luar yang konsisten, Malaysia mendapat imej sebagai sebuah negara berwibawa di mata masyarakat antarabangsa. Print • INFORMASI KORPORAT • Ketua Setiausaha • Sejarah KLN • Rangka Kerja Highlighter.aspx?DocId=66&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=2&hits=644+71f+
http://www.kln.gov.my/web/guest/md-environmental_issuesMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Isu Alam Sekitarpakai Protokol Kyoto dan Persidangan Rangka kerja PBB tentang Pemanasan Global merupakan langkah pertama untuk mengurangkan pelepasan gas berbahaya dan menangani pemanasan global. Dalam hal ini, Malaysia perlu mempunyai pendirian teguh terhadap isu pemanasan global yang melangkaui Protokol Kyoto. Demi mencapai matlamat ini, Malaysia perlu terlibat secara aktif dalam usaha antarabangsa untuk menggubal dasar yang berasaskan kajian saintifik yang mantap. Print Highlighter.aspx?DocId=46&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=21e+

Kembali ke atas