Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kan] | سوکن

Definisi : I segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; bersukan melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; kesukanan perihal sukan: semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kan] | سوکن

Definisi : sj tumbuhan (herba), Coleus amboi­nicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kan] | سوکن

Definisi : segala jenis latihan gerak badan dan permainan (spt bola sepak, be­renang) yg memerlukan tenaga dan ketangkasan: ~ Olimpik sukan seluruh dunia yg diadakan empat tahun sekali. ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing dan menembak. bersukan bergiat dlm sukan; melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Dia sentiasa kelihatan sihat kerana sering ~. kesukanan hal-hal yg berkaitan dgn sukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Penyelidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdfMicrosoft Word - LAPORAN KAJIAN TAHAP MEDIA PENYIARAN-DAPATAN AWAL KAJIANdua jenis stesen televisyen, iaitu stesen televisyen awam (TV1 dan TV2) dan swasta (TV3, NTV7, TV9, Astro Ria dan Astro Awani). Enam domain rancangan itu ialah berita, bicarawara, dokumentari, hiburan, sukan, dan iklan. 3.2 Ragam lisan merujuk kepada bahasa pengacaraan, penyampaian berita dan ulasan selari yang dinilai daripada lima aspek kebahasaan, iaitu sebutan, bahasa kolokial (bahasa basahan), percampuran bahasa, kesantunan mendapati Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dalam Media Penyiaran (Televisyen) baik di stesen penyiaran Awam dan Swasta adalah tidak memuaskan berdasarkan enam domain rancangan yang utama iaitu berita, bicarawara, dokumentari, hiburan, sukan dan iklan yang dikaji dalam ragam lisan dan tulisan. 5.2 Secara keseluruhannya, Tahap Penggunaan Bahasa Melayu RAGAM LISAN Dalam Media Penyiaran mencatatkan peratusan kesalahan yang tinggi iaitu 4 82 http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_dlm_Media_TV.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=5&hits=150+21b+26a+36b+41d+
http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdfMicrosoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat AwamMid Valley Megamall (Kuala Lumpur), Berjaya Megamall (Kuantan), Plaza Alam Sentral (Shah Alam), dan Billion (Kota Bharu). Kajian ini melibatkan premis perniagaan yang menjalankan perniagaan berbentuk telekomunikasi, pakaian, kasut, peralatan sukan, francais makanan, elektrik dan elektronik, permainan kanak-kanak, farmasi, perabot, perhiasan rumah, peralatan bayi dan medan selera di tiga kawasan utama, iaitu di luar kompleks, di dalam kompleks dan di http://prpm.dbp.gov.my/pdf/Kajian_Tahap_BM_Tempat_Awam.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexKajianTahapBM&HitCount=1&hits=69+

Kembali ke atas