Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : 1 sesuai atau seimbang dgn; sepadan dgn: ~ yg diperlukan. 2 hanya; cuma: ~ menunggu perintah ketua utk menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kadar (kata nama)
1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,

3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,

4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti, perbandingan saiz,

Kata Terbitan : sekadar,

Puisi
 

Dang ding dang cabai Melaka,
     Kulit kaki tumpang tenggiri;
Sakit hati berpandang mata,
     Sekadar menyakit hati sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
mengelirukan pihak yang tidak sepatut menerimanya bagi tujuan keselamatan. kriptografi asimetri (Ig. asymmetric cryptography; Br. kriptografi asimetri; Id. kriptografi asimetri) Kaedah kriptografiyangkekuncipenyulitannyaberbezadengan kekunci penyahsulitan. Proses penyahsulitan dalam kaedah ini bukan sekadar penyongsangan daripada proses penyulitan tetapi merupakan transfomasi matematik yang berbeza secara keseluruhannya. Kaedah ini sangat berkesan dalam kriptografi kerana satu kekunci tidak semestinya dikongsi bersama dua pihak yang berhubung. kriptografi

Kembali ke atas