| family support ratio | nisbah sokongan keluarga | Gerontologi | Tiada | Nisbah kebolehdapatan sokongan wanita berumur antara 40 tahun hingga 59 tahun, yang sepatutnya menjaga ibu bapa berbanding dengan jumlah ibu bapa yang berumur antara 65 tahun hingga 84 tahun. |
| senior | dewasa | Sukan | Lumba Basikal | Pelumba yang berumur antara 19 hingga 30 tahun. |
| teenage pregnancies | kehamilan remaja | Kejururawatan | Tiada | Keadaan individu berumur antara 12 tahun hingga 16 tahun yang mengandung. |
| junior cricket | kriket remaja | Sukan | Tiada | Pasukan kriket yang pemainnya terdiri daripada remaja yang berumur antara 12 hingga 14 tahun. |
| psychosocial dwarfism | kekerdilan psikososial | Perubatan | Psikiatri | Gangguan tumbesaran yang dialami oleh kanak-kanak yang berumur antara dua hingga 15 tahun disebabkan oleh deprivasi psikososial yang melampau. |
| youth offender | pesalah belia | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pelaku jenayah yang dikelaskan sebagai belia mengikut undang-undang. Contohnya, undang-undang Malaysia mentakrifkan belia sebagai individu yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. |
| kidnapping | penculikan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan melibatkan perbuatan melarikan mangsa tanpa kerelaannya. Dari sudut undang-undang jenayah, perbuatan ini termasuklah mengambil atau mengumpan remaja yang berumur antara 14 hingga 16 tahun atau orang yang tidak waras daripada penjaga tanpa kerelaan penjaga tersebut. Kebiasaannya, tindakan ini bertujuan untuk mendapatkan tebusan. |
| familial dependency ratio | nisbah tanggungan keluarga | Gerontologi | Tiada | Nisbah kebolehdapatan sokongan generasi muda terhadap ibu bapa berdasarkan pengiraan yang berikut: (i) Jumlah individu yang berumur 80 tahun dan ke atas dibahagikan dengan jumlah individu yang berumur antara 60 tahun hingga 64 tahun. (ii) Jumlah individu |
| youth violence | keganasan belia | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kekerasan yang dilakukan oleh individu dalam lingkungan umur yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai belia. Contohnya, undang-undang Malaysia mentakrifkan belia sebagai individu yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. |
| kwashiorkor | kwasyiorkor | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Penyakit yang disebabkan kekurangan kualiti dan kuantiti protein terutama di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 5 tahun apabila bercerai susu dan bertukar diet kepada diet berkanji. Gejala kwasyiorkor ialah tubuh menjadi kurus, lemah otot, edema, anemia, kulit mengecut, hilang selera makan, rosak hati, cirit-birit dan muntah. |