| mountain belt | kawasan gunung | Geografi | Tiada | Kawasan atau zon utama sistem pergunungan di bumi seperti kawasan pergunungan Himalaya, Andes, Rockies dan sebagainya. |
| Kirkwood gap | lompang Kirkwood | Matematik | Tiada | Kawasan atau jalur dalam zon utama asteroid terutama apabila asteroid boleh dikatakan tidak ada langsung. |
| transition zone | zon peralihan | Kejuruteraan | Petroleum | Zon pada bahagian formasi di sekitar lubang gerudi yang wujud di luar zon pancur yang menjadi pemisah antara zon pancur dengan zon yang tak terserbu. Satu ciri utama zon ini ialah sebahagian daripada bendalir yang terkandung di dalamnya telah diganti oleh turasan lumpur gerudi. |
| perturbation | usikan | Sains | Tiada | Sebarang sisihan yang diperkenalkan ke dalam sistem yang dianggap berkadaran tunak. Magnitud sisihan ini selalu dianggap kecil dan oleh itu hasil darab sebutan-sebutan dalam pembolehubah bersandar boleh diabaikan; istilah usikan kadang kala digunakan sebagai sinonim usikan kecil. Usikan boleh tertumpu pada satu titik atau dalam ruang isi padu yang terhingga; atau usikan boleh merupakan gelombang (fungsi sinus, kosinus); atau, dalam kes sistem yang berputar, ia boleh menjadi simetri pada paksi putaran; atau ia boleh wujud sebagai alihan akibat gangguan seperti ombak. Dalam meteorologi sinoptik, istilah ini telah banyak digunakan untuk sebarang sisihan daripada aliran zon dalam arus zon utama atmosfera. Istilah ini khusus digunakan bagi gangguan seperti ombak dalam lingkungan angin timuran tropika. |
| main vertical zone | zon tegak utama | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| chernozem | cernozem | Geologi | Tiada | Satu daripada kumpulan tanih zon yang utama, biasanya terbentuk di kawasan beriklim sederhana hingga sejuk dan sublembap. |
| uninvaded zone | zon tak terserbu | Kejuruteraan | Petroleum | Bahagian formasi di sekeliling lubang telaga yang secara relatif berada cukup jauh dari lubang telaga tersebut sehingga lumpur gerudi yang masuk menyerbu ke dalam formasi tidak menjejakinya (atau tidak sampai kepadanya). Dengan kata lain, bahagian formasi itu tidak terganggu oleh serbuan turasan lumpur gerudi. Ciri utama zon ini ialah ia mengandungi bendalir seperti keadaannya yang asal. |
| adaptive zone | zon suaian | Biologi | Ekologi | Zon yang didiami oleh sejenis organisma yang mempunyai penyesuaian ciri morfologi dan fisiologi yang utama. |
| production packer | penyendat pengeluaran | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : penyendat Alat subpermukaan yang dipasang di dalam telaga untuk menyekat ruang anulus daripada dilalui bendalir. Terdapat berbagai-bagai jenis penyendat pengeluaran bergantung pada fungsi dan cara pemasangannya. Fungsi-fungsi utama pemasangan penyendat ini adalah untuk menghindarkan selongsong daripada tekanan yang tinggi, menghindari selongsong daripada bendalir penghakis, untuk membantu pengawalan telaga, dan untuk mencegah pergerakan bendalir di antara zon-zon produktif. |
| perched water table | muka air tenggek; mata air tenggek | Geografi | Tiada | Permukaan zon tepu air tempatan yang terdapat di atas air tanah utama disebabkan adanya satu lapisan tak telap air yang memisahkannya dari air tanah utama. |