Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melaku­kan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pema­kan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (meng­anggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerom­bolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses menga­wan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj ikan darat, Labiobarbus curieri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ sj burung, burung mati sekawan, enggang buluh, Anorrhinus galeritus carinatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kumpulan binatang (spt kambing, lembu); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2 sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~nya berkelah di tepi pantai. 3 sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (pinang, gambir dll). 4 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat. berkawan 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. mengawan melakukan hubungan jenis (bkn binatang). mengawani menemani: Gadis itulah yg ~nya apabila suaminya keluar bekerja pd waktu malam. kawanan sekumpulan binatang; segerombolan penjahat dsb: ~ penyamun. pengawanan perihal atau perbuatan mengawan: Proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Anak Cina kawanlah Cina,
     Mari kawan dalam kelas;
Sungguh saya bena tak bena,
     Dalam hati haram tak lepas.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Mengorek dompet kawan.

Bermaksud :

Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.

 

Lihat selanjutnya...(23)

498

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Masuk di dalam kawan gajah berdering

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Masuk di dalam kawan gajah berdering!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
so Canberra is a boring place, ~ my friends tell me, Canberra ialah tempat yg membosankan, menurut kawan-kawan saya or begitulah kata kawan-kawan saya; the drug has the effect, ~ the inventor claims, of inhibiting the desire to smoke, kesan dadah ini dapat menghalang keinginan merokok, demikianlah yg didakwa oleh penciptanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
girlisn’t that Mr. Smith’s ~?, bukankah itu anak perempuan Encik Smith?; 6. (in pl) group of women, kawan-kawan perempuan: it’s her night out with the ~s, malam ini ialah malam dia keluar dgn kawan-kawan perempuannya; 7. female worker, wanita yg bekerja di: office ~s are very fashionable, wanita-wanita yg bekerja di pejabat gemar berfesyen.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feastvt menjamu: to ~ o’s friends, menjamu kawan-kawan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swanky 2. (derog) tending to swank, suka /berlagak, menunjuk-nunjuk/: his ~ new friends, kawan-kawan barunya yg suka berlagak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kingvt; ~ it, (over o’s associates, colleagues, etc) berlaku spt raja (thdp kawan-kawan sso, rakan-rakan sejawat sso, dll).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transatlantic2. on the other side of the Atlantic, di seberang Atlantik: our ~ friends, kawan-kawan kita di seberang Atlantik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sister 4. female human being thought of as a fellow, kawan, saudara: to help our downtrodden ~s all over the world, menolong kawan-kawan kita yg tertindas di seluruh dunia; 5. with similar characteristics to another, kembar: a ~ liner, kapal kembar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swan she spent her vacation ~ning around Europe visiting old friends, dia menghabiskan percutiannya mengembara sekitar Eropah sambil melawat kawan-kawan lamanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dominate~ over, menguasai, mendominasi: being a big boy, he tends to ~ over his classmates, krn berbadan besar, dia suka menguasai kawan-kawan sedarjahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
window-shoppingn tengok-tengok barang di kedai: I went ~ with my friends, saya pergi tengok-tengok barang di kedai dgn kawan-kawan saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas