Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerja­kan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, per­mintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, meleng­kapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyem­purna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak ada kekurangannya atau tidak ada cacat celanya; cukup lengkap; baik seluruhnya: Majlis per­kahwinannya dahulu cukup ~. Bayi yg baru empat bulan di dlm kandungan, biasanya belum ~ anggota badannya. 2 sudah selesai dgn sebaik-baiknya; teratur baik-baik: Pekerjaannya tidak ada yg ~. menyempurnakan menjadikan sempurna; melakukan dgn sebaik-baiknya: Sabur pun singgah di masjid itu utk ~ fardu maghrib. kesempurnaan keadaan atau hal sempurna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti hendak menepung tiada berberas.

Bermaksud :

Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).

 

Lihat selanjutnya...(26)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
imperfectadj 1. not perfect, tdk sempurna; (when emphasizing the incomplete state of st) tdk /lengkap, sempurna/: he has only an ~ knowledge of the subject, dia hanya mempunyai pengetahuan yg tdk sempurna ttg perkara itu; 2. (ling) tak sempurna: ~ tense, ala tak sempurna;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scrappyadj incomplete, not well organized, tdk sempurna: they were given very ~ information on the subject, mereka diberi penerangan yg tdk sempurna ttg perkara itu; the ~ plot of the novel, plot novel yg tdk sempurna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perennialadj 1. having no fault, excellent, (gen) sempurna, sangat baik; (of behaviour, performance) sempurna, tdk ada cacat celanya; (of weather, day) sangat baik; (of health) sangat sihat: he still has a ~ set of teeth, giginya masih dlm keadaan yg sempurna; my five-year-old car is in ~ condition, kereta saya yg sudah lima tahun itu dlm keadaan yg sangat baik; speak ~ Arabic, bercakap bahasa Arab yg sempurna; a ~ performance of Mozart’s “The Magic Flute”, persembahan “The Magic Flute” dr karya Mozart yg tdk ada cacat celanya; in ~ health, dlm keadaan yg sangat sihat; ~ score, mata penuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imperfectionn 1. state of being imperfect, ketidaksempurnaan, tdk sempurna; (when emphasizing the incomplete state of st) tdk /lengkap, sempurna/, ketidaksempurnaan: the ~ of man must be accepted, hakikat bahawa manusia tdk sempurna mestilah diakui; 2. blemish, fault, kekurangan; (in appearance, form) cacat: she loved him in spite of his ~s, dia mencintai lelaki itu walaupun lelaki itu banyak kekurangannya; there are a number of ~s in the cloth, kain itu cacat pd beberapa tempat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inchoateadj (fml) just begun and thus not properly developed, baru /bertunas, bercambah/, belum sempurna; (of plan) baru berputik, belum sempurna; (of need, longing, wish, etc) baru bersemi: his head is full of ~ ideas, kepalanya penuh dgn gagasan-gagasan yg baru bertunas; the plan was ~ and disorganized, rancangan itu belum sempurna dan tdk teratur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perfection3. st that is the perfect embodiment of quality, sangat /baik, sempurna/: her acting was ~, lakonannya sangat sempurna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
past perfect n 1. past perfect tense, kala lampau sempurna; 2. verb in past perfect tense, kata kerja kala lampau sempurna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well-roundedadj 1. (of person) attractively plump, berbadan bulat; 2. (of social experience) lengkap, sempurna: he has had a ~ education, dia mendapat pendidikan yg sempurna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immaculateadj 1. very clean, tidy, bersih dan rapi: her clothes are always ~, pakaiannya sentiasa bersih dan rapi; 2. flawless, sempurna, tdk ada cacat cela: an ~ style in dress, gaya berpakaian yg sempurna; ~ behaviour, tingkah laku yg tdk ada cacat cela; have ~ manners, sungguh /sopan, tertib/; 3. morally pure, suci: an ~ heart, hati yg suci; 4. (biol) imakulat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perfectlyadv 1. completely, utterly, betul-betul: that was a ~ foolish thing you did, itu perkara yg betul-betul bodoh yg kamu lakukan; 2. in a perfect way, dgn sempurna: she speaks French ~, dia berbahasa Perancis dgn sempurna; I have no complaints. She did the job ~, saya berpuas hati. Dia melaksanakan tugas itu dgn sempurna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas