Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.suai] | سسواي

Definisi : 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dgn saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yg lebih ~ utk dijadikan isteri kamu; 2. ber­padanan (dgn), berpatutan (dgn): bunyi besi itu ~ dgn bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sbg hukuman yg paling ~ utk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dll), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ utk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium; bersesuaian cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; menyesuaikan menjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~utk hidup di dlm air; kesesuaian perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; ketidaksesuaian perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini; berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai; persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan, persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham; penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali se­hingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu di­lakukan; penyesuai alat dll yg menyesuaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.suai] | سسواي

Definisi : 1 padan benar atau cocok benar keadaannya; sepadan; seimbang: Kakinya melecet kerana memakai kasut yg tidak ~. Gajinya tidak ~ dgn kerjanya. 2 muafakat; setuju: Pendapat mereka ~ dgn pendapat saya. 3 baik atau cocok benar; serasi benar: Utk penyakit kurap, ubat inilah yg ~. bersesuaian mempunyai hal-hal yg sesuai antara satu dgn yg lain; berpatutan; berpadanan. menyesuaikan menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. kesesuaian keadaan atau hal sesuai. persesuaian perihal bersesuaian: Me­reka telah berpisah kerana tidak ada ~ lagi. penyesuaian perbuatan atau hal menyesuaikan. penyesuai alat dll utk menyesuaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(23)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
appropriateadj suitable, fitting, a. (gen) sesuai: a speech ~ to the occasion, ucapan yg sesuai utk majlis itu; such a remark is scarcely ~ in the present circumstances, kata-kata spt itu tdk sesuai dlm keadaan sekarang ini; clothes ~ to the climate, pakaian yg sesuai dgn iklim; b. (of action, measure, step, etc) sesuai, sewajarnya, wajar: to take ~ action, mengambil tindakan yg sewajarnya; c. (of remuneration) sesuai, sepadan, berpadanan, berpatutan: a salary ~ to an office, gaji yg berpadanan dgn jawatan; d. (of punishment, retribution, etc) sesuai, sewajarnya, wajar: to choose an ~ punishment for the offence, memilih hukuman yg sesuai bagi kesalahan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appropriatelyadv sesuai: to be ~ dressed, memakai pakaian yg sesuai; a formal style ~ chosen for the subject, gaya formal yg dipilih sesuai dgn pokok persoalan; a hospital that is ~ named after its founder, hospital yg diberi nama yg sesuai sempena nama pengasasnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unsuitableadj tdk sesuai: the soil is ~ for growing potatoes, tanah itu tdk sesuai utk ditanami kentang; her clothes were ~ to the occasion, pakaiannya tdk sesuai utk majlis itu; an ~ job for a well-qualified man, pekerjaan yg tdk sesuai utk orang yg berkelulusan tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unsuitedadj tdk sesuai: cars which are ~ to use on the road, kereta yg tdk sesuai digunakan di jalan raya; I think she is ~ to be his wife, saya fikir dia tdk sesuai menjadi isterinya; his quiet nature made him ~ to the profession, sifatnya yg pendiam membuatnya tdk sesuai utk profesion itu; they are totally ~ to each other, mereka benar-benar tdk sesuai antara satu sama lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unsuitablyadv tdk sesuai: an ~ matched couple, pasangan yg tdk sesuai; she was ~ dressed in a pair of torn jeans, dia memakai pakaian yg tdk sesuai, seluar jean yg sudah koyak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unfit2. unsuitable, tdk sesuai: the meat was ~ to eat, daging itu tdk sesuai dimakan; land ~ for agriculture, tanah yg tdk sesuai utk pertanian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
makesesuai: Jane and Harold seemed to be made for each other, Jane dan Harold nampaknya sesuai antara satu sama lain; those wide sunny beaches are made for sun-bathing, pantai-pantai yg lebar dan disinari cahaya matahari adalah sesuai utk berjemKamus Inggeris-Melayu Dewan
unchristian2. uncivilized, tdk sesuai: at an ~ hour, pd masa yg tdk sesuai; he called on me at an ~ time, dia datang ke rumah saya pd masa yg tdk sesuai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
misalliancen (of marriage) jodoh yg tdk /sesuai, cocok/; (otherwise) penyatuan yg tdk /sesuai, cocok/: unfortunately the marriage was a ~, malangnya, perkahwinan itu merupakan jodoh yg tdk sesuai; the coalition between the three partieKamus Inggeris-Melayu Dewan
suitable adj sesuai: this dress is not ~ for a girl of your age, pakaian ini tdk sesuai bagi seorang gadis dlm usia kamu; the engagement of ~ staff was left to the manager, tugas pengambilan pekerja yg sesuai diserahkan kpd pengurus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas