Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sung.guh.nya] | سسوڠݢوهڽ

Definisi : 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perem­puan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sung.guh.nya] | سسوڠݢوهڽ

Definisi : sebenarnya; se­betul­nya: ~ hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Peribahasa

602

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah lebih tajam daripada mata pedang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah lebih tajam daripada mata pedang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
indeed3. (used with “very” to give extra force to its meaning) sesungguhnya: they will be very happy ~ to see you, mereka sesungguhnya sangat gembira bertemu dgn kamu; he works very hard ~, dia sesungguhnya bekerja sangat kuat; thank you very much ~, terima kasih banyak-banyak; 4. truly, positively, benar-benar, sungguh: it is a sad day ~ for our country, hari ini merupakan hari yg benar-benar sedih bagi negara kita; 5. admittedly, memang: he is ~ the better of the two, antara kedua-duanya, dia memang lebih baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
midsummer madnessn sesungguhnya gila-gila: his grandiose plan is ~, rancangan hebatnya sesungguhnya gila-gila.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
verilyadv (old-fashioned) sesungguhnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
truthto tell you the ~, sebenarnya, sebetulnya, sesungguhnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backwatern 1. pool of still water, air mati, air yg tdk mengalir; 2. intellectually stagnant, a. (place ), (tempat yg) sudah mati: this town is a real ~, bandar ini sesungguhnya sudah mati; b. (condition) /ketandusan, kebekuan/ intelek: an intellectual ~, ketandusan intelek;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consciencehe gives the impression of having no ~ at all, dia memberikan gambaran bahawa dia sama sekali tdk mempunyai hati nurani; she seems to have no ~ about cheating, dia nampaknya tdk berasa bersalah melakukan penipuan; have st on o’s ~, mengganggu hati nurani sso: he seems to have st on his ~, nampaknya ada sst yg mengganggu hati nuraninya; in all ~, (fml) sesungguhnya: I cannot, in all ~, accept your money, sesungguhnya saya tdk dapat menerima wang kamu; prick so’s ~, menyebabkan sso berasa bersalah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
speak5. express o’s meaning from the stated point of view, [various translations]: roughly ~ing, it should take about two hours to reach there, secara kasar, masa dua jam diperlukan utk sampai ke tempat itu; generally ~ing it is a good investment, pd umumnya, itu satu pelaburan yg baik; personally ~ing, I would rather not attend the meeting, secara peribadi, saya lebih suka tdk menghadiri mesyuarat itu; strictly ~ing, it is not true that the epidemic is over. We’re still getting a few new cases, sesungguhnya, memang tdk betul bahawa wabak itu sudah berakhir. Kami masih lagi menerima beberapa kes baruKamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas