| cavetto | cekung gua (bekas) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian pinggan antara bibir dan permukaan dasar yang mempunyai lengkung tetapi tidak begitu ketara. Ciri ini biasanya terdapat pada pinggan seramik Zaman Ming atau Ching (seramik biru putih). |
| archaelogical context | konteks arkeologi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Keadaan fizikal tapak arkeologi, lingkungannya dan budaya yang berhubungan dengan data artifak, ekofak dan fitur yang dianalisis dan dibuat interpretasi dengan kaedah arkeologi. Di tapak Pangkalan Bujang, ditemui jumpaan pelbagai seramik asing seperti biru-putih, Tang, Yuan, seramik Parsi serta struktur bangunan bersama pecahan tembikar tanah, relikuari dan arca. Dari sudut konteks arkeologi, bahan ini memperjelaskan perkembangan candi dan keagamaan Hindu atau Buddha secara bersama melalui perdagangan. |
| Shaula (Lambda Scorpii) | Shaula (Lambda Scorpii) | Matematik | Tiada | Bintang berubah putih biru spektroskopik di dalam buruj Scorpius. |
| X-Gal | X-Gal | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Bahan yang digunakan dalam penyaringan koloni biru atau putih untuk membezakan antara sel rekombinan (putih) dengan sel bukan rekombinan (biru) dalam eksperimen pengklonan gen. |
| blue Billy | selendang biru Billy | Kesenian | Tiada | Selendang yang diperbuat daripada fabrik biru berbintik polka putih. |
| single status | status tunggal | Pentadbiran | Tiada | Keadaan apabila pekerja kolar biru dan putih dalam sesebuah syarikat mempunyai kedudukan staf. |
| blue print | cetak biru | Kejuruteraan | Tiada | Lukisan perancangan pembinaan yang dicetak menggunakan kertas ferroprussite. Lukisan ini mempunyai garis-garis putih dan berlatar belakang biru. |
| removable stairway | tangga mudah alih | Sukan | Tiada | Tangga mudah alih yang diletakkan di penjuru merah, biru, dan putih. |
| lasam | lasam | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur tumbuhan atau geometri berbentuk daun dan buah-buahan, berwarna kekuningan, putih dan biru dan kadangkala diselitkan warna merah, lazimnya terdapat pada batik sarung atau batik lepas. Laksam |
| celestite | selestit | Geologi | Tiada | Mineral berwarna putih, merah, atau biru, yang terdiri daripada strontium sulfat dan merupakan sumber garam strontium; SrSo4. |