| metaverse | metasemesta | STEM | Tiada | Alam maya yang membolehkan individu berinteraksi, bersosial, bekerja, bermain dan mencipta sesuatu dalam persekitaran digital yang dikongsi, bersifat imersif dan berterusan. |
| viral | tular | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Keadaan sesuatu yang merebak atau diedarkan dengan cepat dan meluas menerusi alam maya, daripada satu pengguna Internet kepada yang lain. |
| cyberspace | alam siber | Kesenian | Seni Bina | Gambaran grafik tiga dimensi daripada simulasi alam maya yang memperlihatkan mimik ruang sesuatu rupa bentuk seni bina baharu yang direka menggunakan teknik reka bentuk berbantu komputer (CAD) dan perisian imej pemetaan foto. |
| avatar | avatar | Kesenian | Seni Bina | Penjelmaan atau interaksi antara dua atau lebih individu di alam maya melalui ruang grafik tiga dimensi seumpama gambaran sebenar kehidupan di alam nyata. Contohnya, dengan teknologi canggih penggunaan avatar di laman web, seseorang dapat merasakan bahawa dia seolah-olah berinteraksi seperti di alam nyata. |
| virtual reality | realiti maya | Komunikasi | Tiada | Sistem yang membolehkan seseorang berinteraksi dengan suasana buatan yang dijana oleh komputer bagi mewujudkan suasana seperti di alam kenyataan dengan bantuan peralatan tertentu. |