Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1. lulus pd sisi undang-undang (adat, hukum, dll), lwn batal (puasa, sembahyang, dll): sudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yg ~; sembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak ber-suci; 2. benar, pasti, nyata: jikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah gerangan nenek; khabar yg ~ khabar yg benar; mengesahkan 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; kesahan perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan per-setujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan; pengesahan perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; pengesah sesuatu (orang dsb) yg mengesah-kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1 tidak salah dr segi undang-undang dll; dibenarkan atau dilulus­kan oleh undang-undang dll: Resit ini tidak ~ kerana tidak bersetem. 2 sempurna perbuatannya kerana me­nurut hukum atau syarat-syaratnya; tidak batal: Kalau meneguk air dgn sengaja, walaupun seti­tik, tidak ~lah puasanya. 3 tidak salah lagi; benar; nyata: Khabar yg diceritakannya itu memang ~. mengesahkan menjadikan atau mengakui sah; membenarkan: Pihak polis telah ~ penangkapan dua orang tokoh politik itu. pengesahan perbuatan atau hal mengesahkan; pe­nga­kuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,

Peribahasa

Bergantung tidak bertali.

Bermaksud :

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
UBAT) iliococcygeal (iliokoksiks) Berkaitan dengan ilium dan koksiks. (UBAT) iliofemoral (iliofemur) Berkaitan dengan ilium dan femur. (UBAT) iliopubic (iliopubis) Berkaitan dengan ilium dan pubis. (UBAT) illegal program (atur cara tak sah) Lihat unauthorized program. (KOM) illicit drug (dadah terharam) Dadah yang penggunaannya diharamkan oleh pihak pemerintah kerana dadah tersebut boleh menimbulkan ketagihan atau kesan buruk pada pemikiran se- perti halusinasi dan language (bahasa pengaturcaraan) 1. Bahasa buatan yang mempunyai tatatanda dan laras khusus bagi membo- lehkan pengatur cara mengarang atur cara yang dapat diterima oleh perka- kasan komputer sebagai perintah yang sah untuk dilaksanakan. 2. Bahasa rekaan yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi de- ngan komputer lain. Bahasa yang dimaksudkan ini biasanya ialah bahasa mesin. Sinonim computer language. (KOM) pseudepisematic character (ciri

Kembali ke atas