Perkara II | (Udg) 1. sebutan tentang peruntukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen tertentu, mis Memorandum Persefahaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawang II | Mn; merawang merambang, merawak: janganlah kamu fikirkan perkara-perkara itu ~ saja; matanya liar ~ ke sana ke mari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pual II | ark olakan, pusaran; berpual-pual memancar keluar, berkepul-kepul, membual-bual (asap dll), berpusing-pusing, berpusar-pusar (fikiran dll): asap keluar ~ dr serombong; fikirannya ~ memikirkan perkara-perkara yg sulit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetek II | (téték) II; ~-bengek segala perkara yg kurang penting atau tidak berguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terma II | (Udg) 1. peruntukan yg terkandung atau peraturan yg dikenakan dlm sesuatu kontrak: ~ dlm perjanjian insurans itu mungkin boleh mengehadkan atau menidakkan tuntutan saudara; 2. perkara yg kepadanya tertakluk sesuatu keistimewaan; ~ jawatan (Tadb) perkara yg berkaitan dgn jawatan yg dipegang oleh seseorang, spt faedah persaraan, hak pencen, tempoh jawatan, gaji dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ia II | ya (kata yg membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dgn sesuatu): katanya, “I~, saya yg bersalah”; seia = ~ sekata sama-sama bersetuju dlm semua perkara, semuafakat: suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~; beria 1. berkata ya; 2. bercakap-cakap, bermesyuarat; beria-ia 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3. bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya; mengia mengatakan ia (sbg menjawab pertanyaan dsb): pelajar itu ~; mengiakan mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui, menyetujui, membenarkan (sesuatu perkara, keterangan, cerita): dia mengangguk-anggukkan kepalanya ~ cerita itu; pengiaan perihal mengiakan sesuatu perkara, persetujuan, pengakuan, pengesahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketuk II | bunyi ayam yg baru bertelur; berketuk berbunyi (bkn ayam yg baru bertelur), berkotek; barang siapa yg ~ dialah yg bertelur prb orang yg berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran itulah yg telah melakukan perkara yg disindirkan itu; ~ di luar sangkar, bertanam di luar pagar prb mengemukakan keterangan-keterangan lanjut sesudah selesai perkara diputuskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rembet | (rémbét) II; merembet 1. menjalar, merambat (api, penyakit, percakapan, dll): perbualan itu akhirnya ~ kpd hal-hal peribadi; sekejap sahaja api itu ~ ke estet yg berhampiran; 2. = merembet-rembet melibat-libat yg lain, sangkut-menyangkut: perkara rasuah ini merembet-rembet melibatkan beberapa orang pegawai tinggi; merembetkan melibatkan, menyangkut (perkara dll), membawa-bawa: perbincangan kita biarlah terhad kpd soal pokok sahaja, jangan rembet-rembetkan soal peribadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantar II | ; melantarkan menimbulkan sesuatu perkara (kerugian dll); menyebabkan. lantaran 1 oleh sebab; kerana: Mereka mati ~ sakit malaria. 2 hal yg menjadi sebab sesuatu: Polis mencari ~ utk menangkap mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rewak II | (réwak) ark ada perkara yg hendak dikatakan (dikhabarkan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |