aneka ragam | (anéka ragam) bermacam-macam ragam (pertunjukan); beraneka ragam berbagai-bagai (jenis ragam); keanekaragaman sifat (ciri, keadaan, dsb) yg beraneka ragam: pd kesimpulannya budaya Selat telah menjalinkan ~ bentuk dan gaya yg unik dan menarik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keanekaragaman | sifat (ciri, keadaan, dsb) yg beraneka ragam: pd kesimpulannya budaya Selat telah menjalinkan ~ bentuk dan gaya yg unik dan menarik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraneka ragam | berbagai-bagai (jenis ragam); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aneka warna | (anéka warna) 1. berbagai-bagai warna; 2. aneka ragam; beraneka warna berbagai-bagai warna; menganekawarnakan menjadikan sesuatu beraneka warna; keanekawarnaan keadaan beraneka warna: upacara majlis itu mencerminkan ~ perhiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraneka | banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aneka | /anéka/, = beraneka banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aneka | /anéka/, = beraneka banyak jenisnya (coraknya dll); berbagai-bagai; berjenis-jenis: sekolah ~ jurusan; ~ ragam berbagai-bagai ragam; ~ warna bermacam-macam warna. | Kamus Pelajar |
berwarna-warni | 1. mempunyai warna yg berbagai-bagai, bermacam-macam warnanya, beraneka warna: hulu keris itu dihiasi dgn permata yg ~; 2. mempunyai atau menunjukkan ragam atau corak yg berbagai-bagai, beraneka ragam: tiga belas esei dlm terbitan ini membicarakan tiga belas bidang budaya yg ~ dan beragam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keragaman | 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ragam | I 1. tingkah, cara, laku, olah: aku menjunjung sekotak pinggan dan kawan-kawan yg lain masing-masing dgn ~nya; 2. jenis, macam: dlm masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia; aneka ~ berbagai-bagai jenis; serba ~ serba macam; 3. lagu, langgam: maka gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pd se~ sekali nafiri berbunyi; ahli ~ ark ahli muzik; 4. corak, ragi, warna: kain yg cantik ~nya; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu; banyak orang banyak ~nya prb banyak orang banyak tingkahnya (fiilnya, lakunya); seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai, sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll); menyeragamkan menjadikan seragam: ~ ejaan Rumi bahasa Malaysia-Indonesia; keseragaman perihal (keadaan dsb) seragam: ~ bentuk; ~ warna; penyeragaman perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia; beragam, beragam-ragam berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna: masyarakat yg digaulinya jauh lebih ~ dan luas drpd masyarakat zaman ayahnya; ramai ~, rimbun menyelara prb setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dll) sendiri; meragam 1. menyanyi (bernyanyi, berlagu); 2. mewarnai; 3. bp berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka): kereta buruk yg ~; gadis itu terus-menerus ~; meragamkan menjadikan beragam, membuat (mengubah dsb) supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja: mereka tahu ~ masakan utk hidangan sehari-hari; keragaman 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |