Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuak (kata kerja)
Bersinonim dengan selak, singkap, buka, dedah;,
Kata Terbitan : berkuak, terkuak, menguak, menguakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kuak Iberkuak, terkuak terbuka (ke kiri ke kanan); menjadi renggang; terpisah. menguakkan membuka sesuatu dgn menolak ke kiri ke kanan; menghindarkan ke kiri ke kanan (supaya terbuka): Ia ~ daun pintu lebar-lebar. ~ kelambu.Kamus Pelajar
kuak Igerakan menolak air dgn tangan semasa berenang. ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd kedudukan siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung. ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan diturunkan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala (dilakukan berselang-seli, tangan kiri dan tangan kanan). berkuak, terkuak terbuka (ke kiri ke kanan); menjadi renggang; terpisah. menguakkan membuka sesuatu dgn menolak ke kiri ke kanan; menghindarkan ke kiri ke kanan (supaya terbuka): Ia ~ daun pintu lebar-lebar. ~ kelambu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuak IIgerakan menolak air dgn tangan semasa berenang; ~ dada gaya renang dgn dada menghadap ke air, tangan bergerak dlm bentuk bulatan dan kaki menendang spt katak; ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, dgn tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala; berkuak, terkuak 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah; menguak melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yg berkerumun dgn menolaknya dgn tangan ke kiri dan ke kanan: dgn susah payah ia ~ ke celah-celah orang yg berasak-asak itu; menguakkan menyingkap (membuka) dgn menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dll), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisah­kan: ia ~ daun pintu lebar-lebar; ~ kelambu (tirai dll); orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yg menutupi kubur itu ke tepi.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkuak, terkuak terbuka (ke kiri ke kanan); menjadi renggang; terpisah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkuak1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah;Kamus Dewan Edisi Keempat
sebak(sébak) kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri); bersebak 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan; menyebak 1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dll), menyiah; 2. bp membuka (halaman buku dll), menyingkap (kain dll); menyebak-nyebak 1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan; 2. bp mem-buka-buka atau membalik-balik (muka surat dll); tersebak 1. terkuak ke kiri ke kanan (air yg ditempuh kapal dll), berbelah (sisiran rambut); 2. bp terbuka (bkn buku).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas