Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bertimbal1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi);Kamus Dewan Edisi Keempat
bersambutan1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
padan I1. banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yg ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yg ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (bkn pakaian spt baju, seluar, dsb), muat: baju yg baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya; sepadan kena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; kesepadanan keadaan sepadan: adanya ~ skema dgn perwakilannya; berpadan 1. sepadan (dgn), sesuai (dgn): kekuatan peribadinya ~ dgn rupa lahirnya; 2. bermuafakat, bermesyuarat, berunding: maka Pak Si Molong pun ~lah dgn juara Raja Jalan itu; setelah sudah ~, maka hayam pun dibalang oranglah; berpadanan 1. padan atau kena antara satu sama lain: khusus utk mereka yg gemar mengenakan barang perhiasan yg ~, dihasilkan barang-barang kemas yg lengkap dgn jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yg tengah naik; memadan memperbandingkan dua benda atau lebih (utk melihat persamaannya, perbe­zaannya, dll): maka juaranya pun pergilah ~ ayam kpd juara yg di gelanggang itu; tidak ~-madan tidak mengira-ngira, tidak mengagak-agak atau menimbang-nimbang (kesesuaian diri sendiri, hati orang, dll); memadankan 1. menjadikan padan (dgn sesuatu yg lain), menyesuaikan, menyelaras­kan: ~ dirinya utk menerima segala perubahan; yg lelakinya pula berbaju blazer atau T-shirt yg dipadankan dgn seluar panjang; 2. membandingkan (utk menge­tahui sesuai atau tidaknya dll): memadan-madankan gadis itu dgn anaknya; 3. mem­berikan (membentuk dsb) sesuatu yg menjadi persamaan bagi sesuatu yg lain, memberikan padanan kpd sesuatu: percubaan utk ~ satu imbuhan Inggeris dan satu imbuhan bahasa Malaysia itu terlalu kuat pengaruhnya; padanan 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; pemadanan perihal memadankan sesuatu, penyesuaian, perbandingan: ~ konsep yg wujud dlm fikiran dgn penyataannya yg diterbitkan dlm bentuk kata; pemadan sesuatu yg memadan(kan); garisan ~ garisan (pd kain jahitan) tempat dijahit.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpadanan1. padan atau kena antara satu sama lain: khusus utk mereka yg gemar mengenakan barang perhiasan yg ~, dihasilkan barang-barang kemas yg lengkap dgn jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yg tengah naik;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertimbangan1. berimbangan, berpadanan, berpatutan, bersesuaian; 2. bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersamaan1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini;Kamus Dewan Edisi Keempat
baloiKd 1. seimbang, sepadan: upah itu tidak ~ dgn kerjanya; 2. balasan (yg setimpal), bela: menuntut ~ atas kezaliman orang; air ~ air yg tidak mengalir;berbaloi berpadanan, seimbang: gadis itu tidak ~ dengannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sambut; bersambut 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; bersambutan 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; menyambut 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; sambut-menyambut 1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dll): mereka berpantun ~; 2. berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung; sambutan 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; penyambutan perihal menyambut: sebuah senyum telah diberikannya sbg salam ~; penyambut 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat).Kamus Dewan Edisi Keempat
berimbang1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedang II1 tidak berlebih-lebihan keadaannya (spt tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil); menengah atau sederhana keadaannya: Pendapatannya ~ saja. Rumah saya ~ besarnya. 2 ber­patutan atau berpadanan; cukup; pa­dan: Baju ini ~ utk saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas