idiomatik | 1. berupa, mempunyai atau penuh dgn kiasan: sebuah ungkapan yg ~; 2. mengikut jalan bahasa (loghat dsb) tertentu: mereka bercakap dlm bahasa Sepanyol yg lancar dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbutir-butir | 1. berupa atau berbentuk banyak butir: sagu rendang yg ~; 2. beberapa banyak butir: dia memberikan ~ emas itu kpd orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupa | 1 sifat atau keadaan sesuatu benda yg kelihatan: ~ kepala binatang itu spt kepala kuda. Puncak menara masjid itu ~nya spt roket. 2 = ~ muka paras muka; roman muka seseorang: ~nya yg elok itu sangat menawan hati. ~ bentuk rupa dan bentuk. ~ bumi bentuk muka bumi. rupanya 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. rupa-rupanya 1 sebaliknya; melainkan: Saya menyangka bahawa bom yg digugurkan di Hiroshima dan di Nagasaki itu hanya bom biasa, ~ bom itu bom atom. 2 agaknya; barangkali; kalau-kalau: ~ rundingan damai di Paris itu akan berhasil. berupa 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. merupa memperlihatkan rupanya; menjadi ada atau kelihatan (bkn hantu, roh dll). merupai berupa spt: Penduduk pulau itu ~ orang Melayu. merupakan 1 membentuk atau melukis supaya mempunyai rupa; memberi berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. ~ diri menampakkan diri; menjelmakan diri: Malaikat Jibrail telah ~ dirinya sbg orang muda yg segak dan bersayap. terupa dpt dibayangkan rupanya: ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu. rupawan cantik (bkn rupa seseorang); elok: gadis yg ~. serupa 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. menyerupai menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. menyerupakan 1 menjadikan serupa; menyamakan rupanya dll: Orang yg dibunuh itu diserupakan dgn Nabi Isa. Kerajaan telah ~ sistem dan kadar kutipan zakat di seluruh negara. 2 menganggap sama; mengatakan sama: Ijazah dr universiti tsb diserupakan dgn diploma saja. keserupaan sifat atau keadaan serupa; kesamaan rupa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebendaan | 1. segala yg berupa benda (barang berharga dll): masyarakat yg gila ~; 2. bersifat (berupa) benda: keperluan ~; memberi sokongan semangat dan ~; 3. bersifat gila akan harta benda: manusia sekarang terlalu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karbohidrat | 1. sebatian organik (berupa unsur oksigen, hidrogen, dan karbon) yg terdapat semula jadi pd tumbuhan; 2. zat makanan (berupa gula dan kanji) yg memberi sumber tenaga kpd benda hidup (yg boleh menggemukkan badan jika diambil berlebihan); berkarbohidrat mengandungi karbohidrat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denda | 1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yg (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan spt melanggar peraturan, undang-undang, dll): setelah membayar ~, orang itu dilepaskan; 2. hukuman (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ~ atas murid yg datang lambat; mendenda 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang: mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati bersalah; 2. menghukum (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ayahnya ~nya kerana kecuaiannya itu; didenda dgn emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian; dendaan 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; pendendaan perihal (perbuatan) mendenda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelang I | 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama;gelang-gelang 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah; menggelang (Tani) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya mati; pergelangan 1. = ~ tangan bahagian tangan dekat buku tangan; 2. = ~ kaki bahagian kaki dekat buku kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berupa | 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berupa | 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuknya (bangunnya) sbg: lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg mengandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. berkelakuan, berperangai: orang yg sistem sarafnya terganggu itu ~ spt orang mabuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertokoh | 1. berbentuk, berupa, berwujud: tidak ada seorang pun antara mereka yg ~ politik; 2. Kd, Pl (kelihatan) bergaya, hebat, tampan: ah, ~ sungguh orang itu dgn pakaian rasminya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |