terabadi | dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
drama rakyat | drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerita rakyat | cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm sesuatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerita rakyat | cerita yg diceritakan utk orang biasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerita rakyat | cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saga II | cerita rakyat (berdasarkan peristiwa sejarah) yg diceritakan turun-temurun dan mengandungi fantasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendokumentasian | usaha (kegiatan, proses, dsb) mendokumentasikan: ~ cerita rakyat; ~ sastera Iban. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penglipur lara | (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelipur lara | (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerencaman | perihal rencam (terdiri drpd pelbagai macam), kepelbagaian: ~ dan kepelbagaian corak bahan cerita rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |