Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.ba] | همبا

Definisi : 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) ham­ba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd ba­ginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau se­hingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, meng­abdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (ber­hamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan meng­hamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.ba] | همبا

Definisi : ; (burung) ~ kera a) sj burung, burung anting-anting, Dissemurus paradiseus malay­en­sis; b) sj burung, burung sawai, Surniculus m. malayanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.ba] | همبا

Definisi : 1 orang yg terpaksa bekerja utk seseorang dgn tidak mendapat apa-apa bayaran; orang suruhan raja dll; abdi: Baginda mempunyai beberapa orang ~ dlm istananya. 2 saya (utk merendah diri): Adapun kedatangan ~ ini diperintahkan oleh panglima ~. ~ Allah manusia. ~ raja orang suruhan raja. ~ tebusan orang yg menjadi hamba kerana tidak menjelaskan hutang; budak belian. berhamba 1 memiliki (mempunyai) hamba. 2 menjadi hamba: Mereka datang menyerah diri dan ~ kpd baginda. 3 menyebut atau membahasakan dirinya hamba: Ia ~ tuan ketika bercakap. menghambakan menjadikan hamba: Adat ~ orang yg berhutang tidak berlaku lagi sekarang. memperhamba menganggap atau memperlakukan spt hamba: Penghulu itu ~ orang kampung. memperhambakan; ~ diri menjadikan diri sbg hamba kpd: Selama dua belas tahun, hulubalang raja itu ~ diri kpd baginda sultan. perhambaan perihal menjadi hamba; perbuatan atau hal berhamba. penghambaan perihal atau perbuat­an menghambakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Langit berkelikir,
     bumi bertemberang;
salah-salah fikir menjadi hamba orang.

Bermaksud :

Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sepalakalau hendak (terlanjur, terpaksa), kalau benar-benar: ~ jahat, jangan alang kepalang; ~ bapa hamba mengasihi hamba, hantarkanlah hamba kpd ayah hamba; ~ mandi, biar basah prb jika hendak melakukan sesuatu biarlah betul-betul sampai kesudahannya (jangan setengah-setengah).Kamus Dewan Edisi Keempat
pala-palakalau hendak (terlanjur, terpaksa), kalau benar-benar: ~ jahat, jangan alang kepalang; ~ bapa hamba mengasihi hamba, hantarkanlah hamba kpd ayah hamba; ~ mandi, biar basah prb jika hendak melakukan sesuatu biarlah betul-betul sampai kesudahannya (jangan setengah-setengah).Kamus Dewan Edisi Keempat
sepala-palakalau hendak (terlanjur, terpaksa), kalau benar-benar: ~ jahat, jangan alang kepalang; ~ bapa hamba mengasihi hamba, hantarkanlah hamba kpd ayah hamba; ~ mandi, biar basah prb jika hendak melakukan sesuatu biarlah betul-betul sampai kesudahannya (jangan setengah-setengah).Kamus Dewan Edisi Keempat
pala II; sepala, sepala-pala, pala-pala kalau hendak (terlanjur, terpaksa), kalau benar-benar: ~ jahat, jangan alang kepalang; ~ bapa hamba mengasihi hamba, hantarkanlah hamba kpd ayah hamba; ~ mandi, biar basah prb jika hendak melakukan sesuatu biarlah betul-betul sampai kesudahannya (jangan setengah-setengah).Kamus Dewan Edisi Keempat
abdiorang yang dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yang diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan; abdi negara Id pegawai kerajaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
hamba sahayaberbagai-bagai hamba, segala hamba;Kamus Dewan Edisi Keempat
cedera I1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll; mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba; mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh; tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
menegurkanmemberi nasihat, memperingat­kan, menasihatkan, mengingatkan, menunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ menga­jar hamba orang muda bebal;Kamus Dewan Edisi Keempat
perhambaanperihal menjadi hamba (ber­hamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
sahabat betasahabat hamba, tuan hamba;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas