langsai I | 1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa, pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka barulah ia bangun; hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn sekali lalu (buat); melangsaikan melunaskan (hutang), menjelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melepasi | 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang membayar (melunaskan) hutang; ~ malu Mn menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan); 2. mencukupi, memadai, berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
induk hutang | hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penagihan | perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dll: hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lunas II | beres, jelas, selesai (hutang dll); melunasi, melunaskan 1. membayar (hutang dll) hingga selesai, menjelaskan (hutang): hingga saat itu kami belum dapat ~ yuran; orang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; 2. memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dll): ~ kewajiban; 3. memperbaiki kesalahan (dgn membuat jasa dll), menebus kesalahan dll: ~ dosa; terlunas telah dilunaskan: pinjaman ~; pelunasan perihal melunaskan sesuatu (hutang), penjelasan, penyelesaian: ~ segala hutang piutangnya; pelunas (orang) yg melunaskan, penyelesai: ~ hutang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lien | (Eko) hak memegang harta orang yg terhutang sbg sandaran kpd hutang sehingga hutang itu dijelaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tagih I | menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menunaikan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; menagih 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menunaikan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; tagihan 1. wang dll yg ditagih, hasil drpd menagih: tanggal sepuluh datanglah ~ sewa rumah utk bayaran rumah Mariatun; 2. tuntutan (gugatan) supaya menunaikan janji dll: surat ~ hutang; penagihan perihal menagih, desakan supaya membayar hutang dll: hutang ini ada ~, dan kalau tidak dibayar juga, nanti dituntut di muka pengadilan; penagih orang yg menagih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
basa III | sopan santun, tingkah laku yg baik: sejak hari ini hendaklah engkau habisi segala hutang budi hutang ~;basa-basi Mn adat istiadat, sopan santun: sukar mencari seorang perempuan yg indah ~nya spt Khatijah;berbasaan bermanis mulut, memperlihatkan sopan santun: mereka itu sama-sama mengadu ~ bermanis mulut, memperlihatkan kebaikan budi masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hutang lapuk | hutang yg tidak berbayar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hutang lapuk | hutang yg tidak berbayar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |