menghapus kira | membatalkan sesuatu, mis hutang lapuk, drpd akaun yg sedia ada secara hapus kira: syarikat memutuskan utk ~ beribu-ribu ringgit hutang lapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hutang lapuk | hutang yg tidak berbayar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hutang lapuk | hutang yg tidak berbayar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hapus kira | (Eko) 1. penghapusan sesuatu hutang yg dianggap tidak boleh dikutip lagi, dan dgn itu dianggap sbg perbelanjaan atau kerugian; 2. pemindahan baki akaun aset ke akaun belanja atau akaun untung rugi yg menyebabkan baki akaun aset berkurangan atau terhapus; menghapus kira membatalkan sesuatu, mis hutang lapuk, drpd akaun yg sedia ada secara hapus kira: syarikat memutuskan utk ~ beribu-ribu ringgit hutang lapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahana III | 1. kerana, sebab: tubuh Si Tenggang kurus dan lemah oleh ~ kerap dilawati penyakit; 2. sesuatu yg timbul disebabkan drpd sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dsb), terutamanya yg kurang baik atau yg buruk, kesan, akibat: engkau tunggulah ~ perbuatan jahatmu itu; kuncupan aktiviti ekonomi negara yg berterusan akan menimbulkan pelbagai ~, spt meningkatnya pengangguran dan merebaknya masalah hutang lapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
longgar | 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsunya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur penduduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hutang | 1 wang dll yg dipinjam drpd orang lain: Dia berjimat kerana hendak menjelaskan ~nya. 2 kewajipan membayar balik apa-apa yg sudah diterima. ~ budi kebaikan orang lain terhadap diri sendiri yg patut dibalas. ~ lapuk hutang yg tidak berbayar. ~ piutang wang yg dipinjam drpd orang lain atau yg dipinjamkan kpd orang lain; berbagai-bagai hutang. ~ keliling pinggang terlalu banyak hutang. berhutang meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. menghutangi memberikan wang dll sbg hutang kpd: Dia ~ saya seratus ringgit. menghutangkan memberikan pinjaman (wang dll): meminjamkan (wang dll): Saudagar itu banyak ~ wang kpd orang susah. terhutang 1 sudah berhutang. 2 = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpdnya. perhutangan perbuatan atau hal berhutang. penghutang orang yg berhutang (kpd orang lain). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hutang | 1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayarannya ditangguhkan; membayar ~ mengembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan berkewajiban) membayar balik sesuatu yg diterima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat pengakuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), meminjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (terselamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan meminjamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jaminan utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hutang | 1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: Dia berjimat kerana hendak menjelaskan ~nya. 2. kewajipan membayar balik apa-apa yg sudah diterima. ~ budi kebaikan orang lain terhadap diri sendiri yg patut dibalas. ~ lapuk hutang yg tidak berbayar. ~ piutang wang yg dipinjam drpd orang lain atau yg dipinjamkan kpd orang lain; berbagai-bagai hutang. ~ di keliling pinggang terlalu banyak hutang. berhutang meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. menghutangi memberikan wang dll sbg hutang kpd: Dia ~ saya seratus ringgit. menghutangkan memberikan pinjaman (wang dll): meminjamkan (wang dll): Saudagar itu banyak ~ wang kpd orang susah. terhutang 1. sudah berhutang. 2 = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpdnya. perhutangan perbuatan atau hal berhutang. penghutang orang yg berhutang (kpd orang lain). | Kamus Pelajar |
kajang | 1. benda yg dianyam drpd daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan utk atap atau pelindung drpd panas dll: dinding rumah mereka ialah drpd ~; 2. helai yg besar (bkn kertas); kertas ~ kertas yg besar helainya (biasanya berlipat dua); lipat ~ dilipat rangkap, dilipat dua, dsb; hutang samir belum langsai, hutang ~ tumbuh pula = samir tak habis, ~ pula prb hutang lama belum habis dibayar, sudah berhutang lagi; mengajangi memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali; terkajang diberi beratap (berbumbung) dgn kajang; pekajangan buritan atau bahagian belakang perahu yg beratap dgn kajang: maka Sultan Husain segera keluar dr dlm ~ berdiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |