Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kecil hati1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati; berkecil hati 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; mengecilkan hati menyebabkan (berasa) kecil hati, menyinggung perasaan: sbg anak, kita janganlah sekali-kali ~ orang tua kita; kekecilan hati 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil hati1 tersinggung (bkn perasaan); marah. 2 tawar hati. berkecil hati 1 berasa tersinggung; agak marah. 2 berasa tawar hati. mengecilkan hati menjadikan kecil hati; menyinggung perasaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
semak I1. = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar: rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu; 2. ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah: budak itu diupahi-nya supaya membersihkan halaman rumah-nya yg ~; 3. ki kusut (perasaan, fikiran, dll), kacau: Muluk terasa ~ di dada; ~ hati = hati ~-~ tidak keruan fikiran (perasaan dll), berkecamuk fikiran dll; ~ samun berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil; ~-~ disiangi, rimbun-rimbun ditutuh prb sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara baik-baik; dr ~ ke belukar prb meninggalkan sesuatu yg buruk, tetapi mendapat yg buruk juga; menyemak 1. tumbuh menjadi semak (tum-buh-tumbuhan), menyerupai semak: dia menya-bit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumah-nya; 2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati; menyemakkan 1. membiarkan tumbuh semak; 2. merisaukan (fikiran dll), mengu­sutkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hancur1. pecah menjadi kecil-kecil (ber­serpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut, encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana di­tum­buk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), len­yap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali; menghancurkan 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ ma­kan­an utk bayi; 4. menjadikan cair, me­larut­kan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihan­cur­kan supaya timahnya dapat dikum­pul­kan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, mem­binasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremuk­kan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepa­da­nya; hancuran 1. pecahan kecil-kecil, remukan: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; 2. larutan, enceran; kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; penghancuran perihal (perbuatan dsb) meng­hancurkan; penghancur 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg meng­hancurkan (merosakbinasakan, me­musnah­kan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ ke­amanan negara ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekecilan hati1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
halus1 tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang): Kulitnya hitam tetapi ~. Papan itu diketam sehingga ~. 2 tidak kasar, kecil-kecil; lumat (bkn pasir dll): benang yg ~; pasir yg ~. 3 dibuat dgn teliti (cermat, hati-hati): Barang-barang rotan itu begitu cantik dan ~ buatannya. 4 tidak garau; tinggi (suara): Suaranya ~. 5 berbudi pekerti yg baik; bersopan; beradab: Dia mengeluarkan kata-kata­nya dgn lemah lembut lagi ~. 6 tidak dpt dilihat atau dirasa: orang ~ orang bunian. berhalus melakukan sesuatu dgn sopan santun, tertib dll; berbudi bahasa: Mereka sentiasa ~ apabila berbicara. menghalusi menyelidik atau memeriksa dgn teliti: Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu ~ perkara itu dahulu. meng­haluskan menjadikan halus: Dia ~ mata penselnya. memperhalus menjadikan lebih halus: Dia ~ mata pensel yg telah diraut oleh adiknya. kehalusan keadaan atau sifat halus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bisikan1. sesuatu yg dibisikkan. 2. apa-apa yg menggerakkan hati; ilham. ~ hati ki suara dr hati kecil; kata hati.Kamus Pelajar
kecil hati1. tersinggung (bkn perasaan); marah. 2. tawar hati.Kamus Pelajar
hancur1 pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk dll; lumat; remuk: Batu sekeras itu akan ~ juga apabila dipalu dgn tukul besi. 2 menjadi cair atau larut (bkn garam, gula dll dlm air); melarut: Kacau air itu perlahan-lahan supaya gula di dlmnya ~. 3 ki menjadi rosak atau binasa sama sekali; tidak bersatu; bercerai-berai. ~ hati terlalu sedih. ~ lebur (luluh) rosak atau hancur sama sekali. menghancurkan 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. hancuran 1 pecahan yg kecil-kecil. 2 benda yg sudah cair; cairan; larutan. kehancuran keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan. penghancuran perbuatan atau hal menghancurkan: ~ gula dpt dilakukan dgn mengacaunya dlm air panas. penghancur orang yg menghancurkan; alat utk menghancurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
halus1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: dia tahu apa yg perlu dilakukannya secara ~ tanpa me­nyinggung sesiapa; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakap­an, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham; halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-san­tun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit; menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa; 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terpe­-r­inci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi; menghaluskan menjadikan halus; memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik; kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; penghalusan perihal (perbuatan dsb) meng­halusi, menghaluskan, atau memperhalus.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas