Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Balai Cik Wan kecil,
     Bentuk panjang lima;
Bertunang dari kecil,
     Menikah bulan lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merawalbendera kecil-kecil panjang, panji­panji; ~ memulang bukit, cerana menengah kota prb sudah jelas sekali seseorang hendak me­ngemukakan sesuatu permohonan; kita di pangkal ~, dia di hujung ~ prb Mn tang­gungan kita lebih berat drpd tanggungannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lanjang Ipanjang langkai, kecil panjang.Kamus Dewan Edisi Keempat
slipkepingan kertas yg kecil panjang: Elak drpd menampal ~ pd manuskrip itu. ~ gaji kertas yg mengandungi butiran gaji bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
slipkepingan kertas yg kecil panjang: elakkan menampal ~ pindaan pd manuskrip; ~ gaji; ~ gaji kertas yg mengandungi butiran gaji bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
rumah seleretrumah yg kecil panjang.Kamus Dewan Edisi Keempat
perahu ladingperahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
seleret(selérét); rumah ~ rumah yg kecil panjang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ramping I1. kecil menggenting (bkn ping­gang): pinggangnya ~; 2. kecil panjang (tidak gemuk), langsing; merampingkan menjadikan ramping: herba ubatan yg berkesan sbg sejenis minuman ~ badan; kerampingan perihal (keadaan atau sifat) ramping: ~ pinggang.Kamus Dewan Edisi Keempat
perahusj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg mema­kai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdaga­ngan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua­duanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati­hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
merengekmenangis panjang-panjang; meminta sesuatu dgn menyatakannya berulang-ulang: Anak kecil itu ~ meminta makanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas