kejujuran | sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati: Ia yakin pd kebenaran dan ~ suaminya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejujuran | perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejujuran | sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati: Ia yakin pd kebenaran dan ~ suaminya itu. | Kamus Pelajar |
ketulusan hati | kebersihan dan kesucian hati, kejujuran: manusia telah mensia-siakan kejujuran dan ~ hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
integriti | (intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ragu | ; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab; meragu Mn mengganggu, mengacau, membingungkan: jangan ~ engkau di sini, mari pulang; meragui menaruh syak pd, bimbang terhadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, mengesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui lagi; meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apakah yg ~ hatimu lagi? keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangkaan yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berintegriti | mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketulusan hati | kebersihan dan kejujuran hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketulusan | , = ~ hati kebersihan dan kejujuran hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketulusan; ~ hati | kebersihan dan kejujuran hati. | Kamus Pelajar |