kekusutan | keadaan kusut; kekacauan (fikiran); kerumitan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekusutan | perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komplikasi | 1. kekusutan (sesuatu keadaan, kerana bercampur aduknya berbagai-bagai perkara atau timbulnya unsur atau faktor yg merumitkan); 2. penyakit baru atau perkembangan baru pd sesuatu penyakit yg menjadikan lebih rumit utk dirawat dan diubati: akibat tersalah makan ubat, ia mendapat ~ dan terpaksa dirawat di rumah sakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekalutan | kekacauan, kekusutan: ~ politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keserabutan | 1. keadaan berserabut atau berambu-rambu; 2. ki keadaan kucar-kacir, keadaan tidak menentu, kekusutan: plot tragedi moden dgn adegan-adegan kesedihan, kompleksiti dan penuh ~; tragedi konven-sional Greek yg dimulai dgn kegembiraan dan diakhiri dgn ~ dan pembunuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalut | 1. tidak teratur, tidak aman (tenteram, tenang), kacau, kusut: kalau tidak ada pemerintah tentu negeri ~; hati Tajurim demikian ~; fikirannya ~; 2. bercakap yg bukan-bukan (spt orang yg sakit kuat dll), meracau, ngaco: kerana sakitnya berat, maka ia ~; mengalutkan menjadikan kalut: dia mula pening sendiri dlm kekacauan yg begitu ~; kekalutan kekacauan, kekusutan: ~ politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kusut | 1 bersimpul-simpul hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn benang dll); tidak kemas atau tidak bersikat (bkn rambut dll): Rambutnya ~ tidak bersikat. 2 ki tidak tenteram; kacau; rumit (bkn fikiran, keadaan dll): Fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah. mengusutkan 1 menjadikan kusut (bkn benang dll). 2 ki mengacau fikiran dll; merumitkan: Apa yg ~ fikiranmu? Ceritakanlah kpdku. kekusutan keadaan kusut; kekacauan (fikiran); kerumitan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serabut | 1. serat spt yg terdapat pd sabut (kulit kayu dll), sesuatu yg berupa serat; akar ~ akar pokok yg tidak mempunyai akar tunjang (buluh dll), akar yg berambu-rambu; 2. berambu-rambu, berbulu-bulu (tali, benang, dll); 3. = ~ perut Kl terharu (fikiran), risau, runsing; berserabut 1. berambu-rambu (tali, benang, dll), tidak kemas, berserat-serat, kusut: pakai-annya semua kain yg mahal-mahal, tetapi pd setengah-setengah tempat, telah ~ benang-nya; 2. ki tidak menentu, kucar-kacir (fikiran dll): setelah selesai ia membaca buku itu, fikirannya jadi ~ utk mencari pertimbangan; menyerabuti ki menyelubungi atau menyusah-kan (fikiran): persoalan yg ~ kepalanya kini akan terjawab juga akhirnya; menyerabutkan menjadikan (fikiran) kusut: persoalan itu ~ fikirannya; keserabutan 1. keadaan berserabut atau berambu-rambu; 2. ki keadaan kucar-kacir, keadaan tidak menentu, kekusutan: plot tragedi moden dgn adegan-adegan kesedihan, kompleksiti dan penuh ~; tragedi konven-sional Greek yg dimulai dgn kegembiraan dan diakhiri dgn ~ dan pembunuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kusut I | 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut; ~ diselesaikan, keruh diperjernih prb persengketaan hendaklah diselesaikan (didamaikan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna pekerjaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan; berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll); mengusut menjadi kusut; mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu; kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |