kerisauan | keadaan atau perasaan risau; kegelisahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerisauan | perihal risau, kekacauan, kerusuhan (hati), kecemasan, kegelisahan: perkara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerunsingan | perihal runsing, kerisauan: mereka dlm ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebimbangan | perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runsing | 1. cepat marah, suka mengomel (merungut-rungut); 2. = ~ hati sebal hati, risau: janganlah pula engkau menambah ~ hati mak; merunsing mengomel, bersungut, merungut; merunsingkan menjadikan runsing, menyebabkan runsing, merisaukan: dlm keadaan begini, ia tidaklah patut dirunsingkan; perbelanjaan pelajaran ~ fikiran ahli-ahli politik dan orang ramai; kerunsingan perihal runsing, kerisauan: mereka dlm ~; perunsing orang yg selalu runsing, perisau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
risau | , = ~ hati (berasa) susah hati kerana sesuatu hal yg mengganggu fikiran dll; gelisah; runsing: Orang Inggeris sangatlah ~ kerana perang saudara di negeri Perak itu mengganggu perniagaan mereka. merisaukan 1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan? risauan sesuatu yg merisaukan atau yg dirisaukan. kerisauan keadaan atau perasaan risau; kegelisahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bimbang | berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
risau II | 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang; jangan-jangan me-reka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pembangunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau; merisaukan 1. mengacau (keamanan, ketenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll); kerisauan perihal risau, kekacauan, kerusuhan (hati), kecemasan, kegelisahan: perkara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita; perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau, pengganggu (keamanan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
racun | 1. bahan yg berbisa dan boleh mematikan atau membawa maut (kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuhan lain yg tidak dikehendaki; ~ kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~ serangga racun perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg berbahaya pd manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh menyebabkan sakit: kuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sj ~ yg menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; 3. ki sesuatu yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan menjadi ~ kpd kehidupan; perbuatan spt ini akan menjadi ~ kpd syarikat dan juga kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga; beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg ~; meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing jirannya; meracuni 1. membubuh racun pd: dia berteriak mengatakan aku ~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati): senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, membinasakan: dia dikatakan ~ fikiran rakyat; meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar di sekeliling rumah; keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; peracunan perihal meracun (meracuni); peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang yg membuat racun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeluarkan | 1. membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |