ketenatan | perihal atau keadaan tenat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesemputan | ki ketenatan: bagaimana kalau ~ syarikat tidak juga pulih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehimpitan | keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semput | susah bernafas, sesak nafas, lelah (teruk); kesemputan ki ketenatan: bagaimana kalau ~ syarikat tidak juga pulih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenat | 1. letih lesu, penat sekali: nafasnya pendek-pendek tanda ~; 2. keras, kuat, teruk (sakit dll): mereka terpaksa pulang kerana orang tua mereka sakit ~; 3. ki tidak berkembang dan mengalami kerugian atau kemelesetan yg sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kebangkrapan, krisis ekonomi dsb (bkn ekonomi, perniagaan, kewangan dsb): kedudukan kewangan syarikat itu masih ~; ekonomi negara yg ~ menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan;ketenatan perihal atau keadaan tenat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
himpit | sangat rapat (antara dua benda dll), asak-berasak; berhimpit, berhimpit-himpit sesak-menyesak, berasak-asak, bersempit-sempit: tak sanggup aku hendak menempuh orang yg berhimpit-himpit itu; menghimpit 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskinan ~ kehidupan keluarganya; menghimpitkan menindihkan hingga tersepit, merapatkan hingga sesak-menyesak, menekankan; memperhimpitkan, memperhimpit-himpitkan merapatkan berhimpit-himpit; terhimpit 1. terjepit, terapit, tertindih; 2. ki susah (bkn kehidupan), terdesak: kehidupannya di kampung ini makin tersepit dan ~; himpitan perbuatan menghimpit (menekan, menyesak, dll), tekanan, asakan: mereka tidak tahan lagi menderita ~ drpd tentera Jepun itu; kehimpitan keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |