Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ketua turuspegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara);Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketua turuspegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara);Kamus Dewan Edisi Keempat
turus3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara) ; pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai pemerintahnya.Kamus Pelajar
turus1 tiang drpd kayu dll utk mengu­kuhkan sesuatu. 2 kayu atau buluh tempat kacang, sirih dll melilit; junjung. 3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai peme­rintahnya. ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat. ~ empang tiang yg menahan empang supaya kukuh. ~ tulang belakang rentetan tulang belakang yg menyangga badan dan di dlmnya terdapat saraf tunjang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pandu I1. = pemandu orang yg menunjukkan jalan (di laut dll), perintis jalan: hamba sanggup menjadi ~ kpd ketua-ketua kita itu; 2. ka­pal yg menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim; 3. Id anggota pasukan pengakap; ~ puteri anggota pasukan pengakap wanita; berpandu memakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke arah sasarannya; berpandukan 1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan; memandu 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju; memandukan menunjukkan (kapal dll) jalan, memimpin (kapal dll); panduan 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg di­pakai utk rujukan (utk mengetahui nama,alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya; kepanduan perihal pandu; pemanduan perbuatan memandu (kereta, kapal,dll): ia akan lebih awas dgn ~ keretanya; pemandu 1. orang yg memandu (menunjuk­kan jalan), pandu, perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2. orang yg memandu atau membawa (kereta,kapal terbang, dll): ~ bas.Kamus Dewan Edisi Keempat
turus1. tiang drpd kayu dll (utk mengukuhkan pagar, belat, dll), tonggak: dicabutnya ~ pagar yg terpacak itu; 2. kayu atau buluh yg digunakan utk penjalaran kacang (sirih dll), junjungan; 3. = ~ negeri sl pembesar negeri (penghulu dll), pasak negeri: betapa peri aku memecat Pateh Aria Gajah Mada ini? Suatu pun tiada salahnya kpd aku, lagi ia penaka ~ bumi Majapahit; ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ kumpulan pegawai kanan (dlm tentera) yg membantu pegawai pemerintahnya; ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat; ~ dayung kayu yg dipasang tegak tempat meletakkan dayung (pd perahu dll); ~ empang tiang yg menahan empang (supaya jangan runtuh); menurus tegak spt turus; menuruskan sl mengikatkan seseorang pd turus (sbg hukuman).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas