Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lekat
Rujuk :lekap


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mencandu1. spt candu (lekat-lekat); 2. ada candunya: paipnya tak pernah dibersihkan hingga ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
melekati1. lekat pd, melekit pd; 2. hidup pd (api dll): apabila hujung rokok itu sudah dilekati api, ia pun duduk semula di atas katil;Kamus Dewan Edisi Keempat
lekat1. = berlekat, melekat tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; 2. mudah melekit (spt benda-benda yg bergetah, kanji, dsb); 3. = melekat ki rapat atau karib (persahabatan dll), kekal; 4. = melekat ki tidak berubah-ubah (hala pandangan dll), tetap: jangankan hampir kpd patik, memandang ~ pun ia tiada; 5. = melekat ki terpakai (pakaian dll), terkena; 6. = melekat ki tertarik kpd (hati dll), terpaut pd: hatinya ~ kpd gadis yg berbaju kurung; 7. = melekat terserap dan tidak luput, tersemat (dlm hati, ingatan): masih ~ dlm ingatan kita tentang pernah adanya anggapan sedemikian; kata-kata itu langsung tidak melekat di hatinya; 8. = melekat sah (tuduhan dll), berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; 9. = melekat ki kekal (adat dll), masih terpakai; ~ badi menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yg baru lahir dll); ~ perut Tr mengandung, hamil; ~ uri tembuni atau uri tidak keluar (ketika bersalin); melekat lekat; melekati 1. lekat pd, melekit pd; 2. hidup pd (api dll): apabila hujung rokok itu sudah dilekati api, ia pun duduk semula di atas katil; melekatkan 1. menjadikan melekat, menam­palkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-­barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pan­dangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; terlekat melekat atau lekat pd, telah dilekat­kan: terkejutlah orang melihat gambar teman­-teman lelakinya yg ~ dlm album itu; ~ kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia; lekatan keadaan yg melekat (di antara satu permukaan dgn permukaan yg lain); pelekat 1. sesuatu yg digunakan utk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pd sesuatu permukaan: ~ kereta.Kamus Dewan Edisi Keempat
menempel1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembok dan tiang telefon; 2. menampal se­suatu dgn: dindingnya dibubuh papan, ditem­pel dgn baldu yg kuning dan merah;Kamus Dewan Edisi Keempat
selubungkain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. me­­nyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pe­lekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubung­kan menggunakan sesuatu sbg se­lu­bung: Dia ~ kain itu pd kepalanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
candu1. sj bahan yg disediakan drpd biji bunga popi (boleh digunakan secara terkawal utk menghilangkan rasa sakit atau menyebabkan tidur tetapi berbahaya apabila digunakan secara tidak terkawal sbg dadah utk meng­khayalkan diri dsb); ~ mentah candu yg belum dimasak atau diproses sehingga sedia utk digunakan; 2. = ~ rokok cecair yg pekat hitam yg keluar dr rokok atau lubang paip yg dihisap; 3. = mencandu ketagih (suka, gemar) akan sesuatu: apabila sudah termula, payah hendak meninggalkan ~ rokok ini; sejak orang ~ merantau ini, hidup berfamili cara dahulu menjadi rosak binasa; spt orang pemakan ~, dgn ~ sampai mati prb sesuatu kebiasaan itu payah hendak dihentikan; mencandu 1. spt candu (lekat-lekat); 2. ada candunya: paipnya tak pernah dibersihkan hingga ~; mencandui 1. menjadikan ketagih (gemar, asyik): kalau saya tidak dicandui oleh keinginan utk jadi wartawan, tentulah saya tidak lekas-lekas meninggalkan bangku sekolah; 2. meracuni, memperdayakan, menipu: bukan maksud kami hendak ~ rakyat; kecanduan ketagihan: lagu Mera Bolbol telah menjadi lagu pujaan mereka yg ~ filem-filem Hindustan; pencandu 1. penghisap candu; 2. ki peng­gemar, peminat.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergetah1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
bergondeng1. ber­gantung, bergayut (spt lebah pd dahan); 2. = lekat ~ teguh melekat (tidak mudah terlepas atau tertanggal).Kamus Dewan Edisi Keempat
badan1. tubuh, jasad (manusia): pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di ~nya; 2. pokok tubuh (selain anggota dan kepala): ~nya gemuk tetapi kakinya kurus; susuk ~ keadaan bentuk badan dr segi fizikal, susuk tubuh; tidak sedap ~ tidak (berapa) sihat; ~ tengah naik badan sedang membesar; 3. bahagian yg (ter)utama drpd sesuatu: ~ baju; ~ kereta; 4. diri (sendiri); ~ malang diri orang yg malang; 5. kumpulan orang yg merupakan suatu kesatuan utk mengerjakan sesuatu: ~ penasihat; ~ amanah; 6. bahagian utama (penting) ucapan (buku, dokumen, dsb) dan tidak termasuk pendahuluan (penutup, lampiran, dsb), isi; 7. agensi, pertubuhan: FELDA ialah sebuah ~ kerajaan; ~ berkanun; ~ amanah badan utk menyelenggarakan harta dll bagi faedah seseorang atau sesuatu golongan; ~ berkanun agensi kerajaan yg ditubuhkan utk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu; ~ kehakiman badan yg diberi kuasa utk mentafsirkan undang-undang; ~ boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak prb walaupun menjadi atau bersifat spt hamba atau orang lemah terhadap orang yg berkuasa, namun hatinya tidak begitu; hancur ~ dikandung tanah, budi baik terkenang juga prb budi bahasa yg tidak akan dilupakan orang; rosak ~ kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku prb kerana penyakit, rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baik bangsa atau suku itu boleh tercemar; berbadan mempunyai badan: gadis itu ~ langsing; ~ dua hamil; memperbadankan menjadikan perbadanan, menubuhkan (sesuatu) sbg perbadanan; perbadanan agensi yg ditubuhkan oleh kerajaan utk menjalankan (melaksanakan) fungsi yg tertentu: ~-~ yg bebas spt Lembaga Letrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang; P~ Kewangan Antarabangsa; P~ Kemajuan Ekonomi Negeri; P~ Perfileman Nasional; pemerbadanan penubuhan sbg perbadanan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergetah1 ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2 berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. 3 ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan, cara berpakaian dsb, ttg wanita).Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234

Kembali ke atas