Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berlubang1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini;Kamus Dewan Edisi Keempat
lekuk matarongga (lubang) tempat biji mata;Kamus Dewan Edisi Keempat
lekuk1. cekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan, dll), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepek: di tangan orang yg kena tuduh itu ada dua tanda ~ dan luka; 2. sj daun terup (bergambar jantung); 3. Tr beduk, tabuh; ~-lekak = ~-lekik banyak lekuknya; ~-liku a) banyak lekuk dan selekoh (jalan); b) berbagai­-bagai tipu daya; ~ lutut pelipat lutut; ~ mata rongga (lubang) tempat biji mata; berlekuk bercawak, berjeluk, berlembang, berlepek: jalannya buruk sekali ~-lekak dan menyusahkan pemandu-pemandu kereta; melekuk menjadi lekuk (lembang, jeluk, dll): di sebelah hadapan tulangnya ~ membentuk lubang mata; melekukkan menyebabkan (membuat supaya) jadi lekuk, menjadikan lekuk; lekukan 1. sesuatu yg melekuk; 2. hasil melekuk; pelekukan perbuatan (proses dsb) melekuk atau melekukkan; pelekuk sesuatu yg digunakan utk melekuk­kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lubang1. bahagian pd sesuatu (dinding, jarum, dll) yg boleh ditembusi sesuatu: ~ jarum; ia mengintai dr sebuah ~ di dinding rumah itu; 2. rongga: ~ hidung; ~ telinga; ~ roma; 3. lekuk di tanah dll: jalan masuk ke tempat itu penuh dgn ~; 4. bp peluang: di bandar itu, ~-~ kerja cukup banyak; ~ angin lubang (di atas pintu atau tingkap) utk angin keluar masuk; ~ butang lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan butang; ~ leleh (S.Bina) lubang kecil yg dibuat pd tembok penahan utk menyalurkan keluar air yg ber­takung di belakang tembok supaya tekanan berkurangan; ~ lengan lubang pd bahagian baju di pangkal lengan; ~ mata lubang di tengkorak vertebrat tempat terletaknya biji mata; ~ roma lubang pd kulit manusia dan binatang tempat peluh keluar; barang siapa menggali ~, ia juga terperesuk ke dalamnya prb barang siapa yg berniat jahat terhadap orang lain, ia sendiri akan mendapat kecelakaan; gali ~ timbus ~ prb berhutang utk membayar hutang lama; korek ~ ulat prb sengaja mencari perselisihan (perbantahan, pertengkaran, dll); masuk sebesar ~ penjahit, keluar sebesar ~ tabuh prb besar belanja drpd pendapatan; berlubang 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; berlubang-lubang 1. berlubang (dinding, jarum, dsb) di sana sini; 2. berlubang (tanah dsb) di sana sini, berlekuk-lekuk; melubang membuat lubang, menggerek, menebuk, menggali lubang; melubangi membuat lubang pd, menebuk lubang pd, menggali lubang pd: papan itu dilubangi utk dimasukkan skru; melubangkan 1. menyebabkan berlubang (dinding dll): tembakan sesat itu telah ~ dinding rumahnya; 2. menyebabkan ber­lubang (berlekuk), melekukkan: kenderaan berat yg lalu-lalang di situ telah ~ jalan baru itu; pelubang, pelubangan lubang yg dibuat di tanah utk menangkap binatang.Kamus Dewan Edisi Keempat
rongga Ilubang, ruang; ~ bulu Mn liang bulu roma; ~ dada ruang dada; ~ hidung lubang hidung; ~ kayu lubang yg terdapat dlm kayu; ~ mata lubang tempat mata; ~ mulut ruang mulut; berongga berlubang, beruang: batu-bata yg ~; gelang itu ~, tidak padat; merongga menjadi rongga; meronggai ark menjadikan berongga pd.Kamus Dewan Edisi Keempat
lubang1 liang: ~ jarum. 2 rongga: ~ hidung. 3 lekuk di tanah dll: Penyu bertelur di dlm ~ yg digalinya sendiri. ~ angin lubang pd dinding dll utk angin keluar masuk. ~ butang lubang pd pakaian tempat memasukkan butang. ~ mata rongga mata. melubang membuat lubang; menggerek. melubangi membuat atau menebuk lubang pd sesuatu: Ia ~ pintu itu supaya mudah memasang kunci.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ronggalubang atau liang pd sesuatu: ~ hidung lubang hidung. berongga ada lubangnya; berlubang; berliang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ronggalubang atau liang pd sesuatu: ~ hidung lubang hidung. berongga ada lubangnya; berlubang; berliang.Kamus Pelajar
mulut1 rongga atau lubang tempat gigi dan lidah; ruang tempat mengunyah makanan. 2 sesuatu yg rupanya spt mulut 1: ~ tempayan; ~ belanga. 3 percakapan: banyak ~ banyak bercakap; cerewet. ~ becok banyak bercakap dan membuat bising. ~ bedil lubang laras bedil. ~ bisa suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. ~ kotor suka mengeluarkan kata yg keji-keji. ~ murai orang yg sangat suka bercakap. ~ tempayan tidak dpt menyimpan rahsia. bermulut mempunyai mulut; berlubang spt mulut. ~ besar sombong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
geronggangrongga atau lubang di dlm sesuatu (spt pokok, tulang). bergeronggang berlubang atau berongga di dlmnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas