idam I | keinginan hendak makan sesuatu (terutama benda yg masam-masam) oleh perempuan yg hamil; mengidam 1. ingin benar hendak makan sesuatu (bkn perempuan yg hamil): tuan puteri itu sedang ~; 2. sangat ingin akan atau berkehendakkan sesuatu: dia sudah lama ~ utk tinggal di rumah banglo; mengidamkan, mengidam-idamkan 1. sangat ingin makan sesuatu: isterinya ~ buah mempelam; 2. sangat-sangat berharap mendapat sesuatu: ibunya ~ seorang menantu yg berjawatan tinggi; idaman, idam-idaman hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menginginkan | 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengingini | 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
plum | sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berbentuk bujur atau bulat, berbiji keras dgn isinya lembut dan masam-masam manis, Prunus spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masam | 1. rasa spt rasa cuka, asam: kuman-kuman menjadikan susu itu ~; mukanya ber-kerut kerana memakan buah yg ~; 2. tidak jernih (muka) kerana marah dll, bersut, merengus, merengut: mukanya ~ setelah di-marahi oleh bapanya; ~ catung sangat masam (bkn muka); ~ kucam masam sungguh; ~ pahit Kd terlalu masam; bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya; bermasam; ~ muka berkecil hati antara satu sama lain (kerana berkelahi dll), tidak bertegur sapa; memasam menjadi masam: susu ini mulai ~; memasamkan menjadikan masam: dia men-jeling senyum setelah beberapa minit ~ mukanya; kemasaman keadaan masam: cuka mem-punyai kadar ~ sehingga 95%; kemasam-masaman, masam-masaman agak masam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
purit | Kl; masam ~ sangat masam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masam kucam | masam sungguh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masam purit | sangat masam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masam-masaman | agak masam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masam catung | sangat masam (bkn muka); | Kamus Dewan Edisi Keempat |