melapangkan | 1 menyebabkan jadi lapang; melegakan; meluaskan: Dia ~ jalan itu supaya orang ramai dpt lalu. Mereka pergi ke tepi pantai utk ~ fikiran. 2 menyebabkan ada yg lapang (bkn waktu); meluangkan: Ayahnya tidak dpt ~ masanya kerana banyak kerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melapangkan hati | menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melapangkan dada | menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melapangkan | 1. menjadikan lapang, melebarkan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyenggangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melapangkan | 1. menyebabkan jadi lapang; melegakan; meluaskan:Dia ~ jalan itu supaya orang ramai dpt lalu. Mereka pergi ke tepi pantai utk ~ fikiran. 2. menyebabkan ada yg lapang (bkn waktu); meluangkan:Ayahnya tidak dpt ~ masanya kerana banyak kerja. | Kamus Pelajar |
meluangkan | mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyenggangkan | menjadikan lapang (waktu), melapangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluangkan | mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melegakan | 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaannya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
al-Basit | Ar Yang Maha Melapangkan (satu drpd 99 nama Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |