Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanya1. permintaan keterangan (penjelasan dll): tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab; 2. bp = bertanya: pd siapa boleh saya ~ tentang hal ini; ~ jawab soal jawab, temu ramah, wawancara; tanda ~ tanda soal (?); bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; ~ tahu bertanya meskipun sudah tahu; tum-pang ~ bp kata hormat sebelum meminta keterangan kpd orang lain; membunuh tiada ~ sl membunuh orang dgn tiada izin raja; bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dgn yg lain: saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura; bertanyakan bertanya bkn sesuatu, me­minta keterangan mengenai sesuatu: maka aku pun ~lah hal negeri itu; menanya 1. = menanyai bertanya kpd: seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; 2. = menanyakan meminang, melamar: disuruhnya orang tua-nya ~ gadis itu; menanyai bertanya utk mengetahui sesuatu, bertanya kpd, bertanya utk memeriksa: tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya; menanyakan 1. bertanya tentang sesuatu kpd, meminta keterangan tentang sesuatu kpd: temuilah doktor utk ~ apakah berpe­nyakit atau tidak; 2. meminang, melamar; mempertanyakan menimbulkan per­tanya­an, mempersoalkan: karyanya tidak men­gandungi implikasi yg secara radikal ~ peranan penulis; tertanya-tanya 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya: anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru; pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; penanya orang yg bertanya (menanyai, menanyakan).Kamus Dewan Edisi Keempat
menanya1. = menanyai bertanya kpd: seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; 2. = menanyakan meminang, melamar: disuruhnya orang tua-nya ~ gadis itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
memusykilkan1. menyebabkan jadi musy­kil, memayahkan, menyukarkan, menyulit­kan: dia menanya segala apa yg dimusykil-kannya, segala apa yg ada hubungannya dgn soal agama; 2. tidak memuaskan hati, mengecewakan, mengesalkan: hanya yg di-musykilkan sedikit ialah kerana ketiadaan tempat belajar;Kamus Dewan Edisi Keempat
musykilAr 1. ragu-ragu, payah (difahami, dimengerti, dihuraikan, dll), sukar, sulit: sekiranya dia menanyakan suatu perkara yg ~ baginya, hendaklah kita jawab; 2. tidak puas hati, kecewa, kesal: Kamal berasa ~apa sebabnya Wan Mahani tidak mahu mengikut surat Wan Mustafa; memusykilkan 1. menyebabkan jadi musy­kil, memayahkan, menyukarkan, menyulit­kan: dia menanya segala apa yg dimusykil-kannya, segala apa yg ada hubungannya dgn soal agama; 2. tidak memuaskan hati, mengecewakan, mengesalkan: hanya yg di-musykilkan sedikit ialah kerana ketiadaan tempat belajar; kemusykilan 1. perihal musykil, kesukaran, kesulitan: Tajurim menjawab dgn tenang tiap-tiap ~ Maznah itu; 2. sesuatu yg tidak memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan: si Tenggang tidak berani mengeluarkan ~nya kpd sesiapa pun.Kamus Dewan Edisi Keempat
soal1. soalan: ~ semacam itu tidak perlu dijawab; 2. hal atau perkara (yg sulit atau rumit), masalah: ~ wang perlu difikirkan sedalam-dalamnya; ~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dlm perbualan kami; ~ pokok hal (perkara) yg penting atau utama; ~ selidik sejumlah soalan yg dikemukakan secara berterusan dlm borang tertentu utk dijawab oleh sebilangan orang dlm usaha mencari dan mengumpulkan maklumat ter­tentu; bersoal mengemukakan soal, bertanya; menyoal mengemukakan pertanyaan, mem­beri soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila di­dapatinya soalan tadi tidak mendapat jawab­an; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya; menyoalkan menanyakan sesuatu kpd; mempersoalkan mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; soalan sesuatu yg ditanyakan (dlm pepe­riksaan dll), pertanyaan: jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pe­muda itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. persoalan 1. sesuatu yg dipersoalkan, masa­lah: semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, per­bahasan, perbincangan; penyoalan perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan: cerpen ini berakhir dgn ~ terhadap dirinya; penyoal orang yg menyoal atau menge­mukakan soalan: soalan yg dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas