teguh | 1 tidak mudah rosak; tahan lama; kuat; kukuh: Barang itu ~ buatannya. 2 tidak mudah terbuka (ttg ikatan); kukuh; erat: Ikatannya tidak begitu ~. 3 tidak berubah imannya dsb; tetap: Dia tetap berpegang ~ pd janji-janjinya. 4 erat (bkn tali persahabatan dsb); rapat: tali persahabatan yg ~. berteguh menguatkan diri: ~ hati dgn teguh hati; menguatkan hati; ~ janji saling berjanji akan menepati sesuatu yg telah dikatakan. meneguhkan 1 menjadikan teguh; menguatkan; mengukuhkan: ~ ekonomi negara. 2 memenuhi janji; menepati janji. memperteguh menjadikan lebih teguh. keteguhan hal atau keadaan teguh; kekukuhan; kekuatan. peneguhan hal atau perbuatan meneguhkan; pengukuhan. peneguh sesuatu yg meneguhkan: Anak ialah ~ ikatan perkahwinan dlm sesuatu rumah tangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teguh | 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuhkan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguatan, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneguhkan | 1 menjadikan teguh; menguatkan; mengukuhkan: ~ ekonomi negara. 2 memenuhi janji; menepati janji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meneguhkan | 1. menguatkan, mengukuhkan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
materai | cap, mohor, tera, segel; ~ tempel cap yg dilekatkan pd surat tanda pembayaran dll; memateraikan 1. mengecap dgn materai; 2. meneguhkan (janji dll); termaterai 1. mengecap dgn materai; 2. meneguhkan (janji dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneguhkan | 1 menjadikan teguh; menguatkan; mengukuhkan: ~ ekonomi negara. | Kamus Pelajar |
menebalkan | 1 menjadikan tebal. 2 meneguhkan iman dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menerikkan | 1. menjadikan terik (ikatan), meneguhkan, mengeratkan; 2. menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi, menguatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bam I | 1. kayu lintang utk meneguhkan tiang kapal; 2. kayu lintang pd hujung pengayuh; patah kemudi dgn ~nya prb tidak ada harapan lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memateraikan | 1. mengecap dgn materai; 2. meneguhkan (janji dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |